USD Gagal Kekal Hangat Pasca Data Inflasi

US Dollar mengukuh seketika selepas pengumuman data CPI dengan kenaikan tahunan tertinggi sejak 1982 pada 7.5% y/y untuk Januari, tinggi dari jangkaan 7.3%. Tetapi kenaikan ini dilihat bersifat sementara apabila Bear dilihat Kembali menguasai matawang USD dan pengukuhan selepas penerbitan data dilihat gagal bertahan.

EURUSD jatuh kepada 1.1374 selepas data CPI tetapi kini naik semula di atas 1.1430 dan dijangka akan terus kukuh, ia Kembali didagang di dalam descending channel yang terbentuk sejak 3 Februari lepas. Paras tertinggi tahun 2022 di 1.1483 menjadi resistance terhampir dan paras 1.1613 akan menjadi resistance seterusnya sekiranya 1.1483 gagal bertahan. Manakala 1.1400 menjadi support psikologi penting untuk USD Bull kekal relevan diikuti paras MA-200 1H di 1.1366 menjadi sokongan seterusnya.

 

Perkara sama turut berlaku pada USDJPY, di mana ia mencecah ketinggian tertinggi 2022 di 116.34 selepas penerbitan data CPI, tetapi kini menyejuk semula dan jatuh ke paras 116.00. 116.34 merupakan resistance penting untuk ditembusi dimana ia adalah paras tertinggi pernah direkod USDJPY sejak 2017. Manakala support intraday kini berada di 115.68 diikuti di 115.30. Pembentukan leading diagonal channel turut dapat dilihat pada USDJPY.

Sentimen semasa jelas menunjukkan FED akan menaikkan kadar, dengan data NFP Januari yang kukuh, diikuti Inflasi yang semakin panas, ini memberi peluang kepada pelabur untuk memposisikan semula posisi dagangan mereka sebelum mesyuarat FOMC pada Mac nanti. Ini mungkin memberi ruang kepada kelemahan USD dalam jangka masa pendek.

klik di sini Untuk Akses Ke Kalendar Ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk penyelidikan pelaburan bebas. Tiada apa-apa dalam komunikasi ini mengandungi, atau harus dianggap sebagai mengandungi, nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan atau permintaan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang diberikan dikumpul daripada sumber yang bereputasi dan sebarang maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi masa lalu bukanlah jaminan atau penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Pengguna mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraj dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa sebarang pelaburan jenis ini melibatkan tahap risiko yang tinggi yang mana pengguna bertanggungjawab dan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh diterbitkan semula atau diedarkan selanjutnya tanpa kebenaran bertulis kami.