AT&T Q3: Unjuran Positif Tetapi Saham Kekal Bergelut

AT&T, Syarikat gergasi telekomunikasi Amerika Syarikat akan melaporkan laporan kewangan suku ke-3 pada hari Khamis 21 Oktober sebelum pasaran dibuka. AT&T adalah syarikat telekomunikasi terbesar di dunia di mana ia berada di tangga ke-9 dalam syarikat Fortune 500 dengan hasil pendapatan sebanyak $172 bilion pada tahun 2020. Syarikat gergasi ini mempunyai tiga perniagaan teras iaitu telekomunikasi, hiburan dan komunikasi untuk perniagaan.

AT&T terus agresif dalam perancangan perniagaan di mana syarikat ini terus melabur dalam mempertingkatkan infrastruktur 5G di seluruh Amerika Syarikat untuk perniagaan teras telekomunikasi mereka dan melancarkan perkhidmatan 5G+ di beberapa bandar utama. AT&T terus berinovatif dalam perniagaan komunikasi mereka di mana AT&T telah bergabung dengan General Motors untuk menawarkan perkhidmatan komunikasi dalam kenderaan dan turut bergabung dengan Cisco System di dalam mempertingkatkan servis perkhidmatan Internet of Thing (IoT) terutama kepada sektor perniagaan.  Penganalisis pasaran Zacks mengunjurkan pulangan dari komunikasi pada $28 bilion, susut dari $34 bilion pada tahun lepas.

Sementara itu, sektor hiburan di bawah WarnerMedia dijangka terus melaporkan pertumbuhan positif terutama sekali dari platform “online streaming” HBO Max. AT&T mengunjurkan sebanyak 70 bilion pengguna HBO Max menjelang akhir tahun. Meskipun pertumbuhan positif diunjurkan, HBO Max menghadapi saingan sengit di pasaran domestik di mana para pengguna mula beralih kepada pesaing utama Amazon Prime Video dan ia memaksa HBO Max menawarkan pengurangan cas bulanan yang rendah selama 6 bulan, ini dijangka akan menjejaskan pendapatan HBO Max. AT&T dijangka akan kekal positif dengan pertumbuhan sektor hiburannya pasca Covid-19 di mana acara sukan dan acara hiburan secara langsung akan dianjurkan semula dan ia dijangka meningkatkan semula pendapatan daripada sektor pengiklanan. Penganalisis pasaran Zacks mengunjurkan pulangan dari komunikasi pada $8.3 bilion, naik dari $7.5 bilion pada tahun lepas.

Sumber: CNN Business

Pada laporan suku ke-2 pada Julai lepas, AT&T melaporkan pendapatan yang melepasi unjuran penganalisis di mana ia melaporkan pulangan sesaham (EPS)  pada $0.89 naik 7.2% berbanding suku yang sama tahun lepas. Untuk suku ke-3, penganalisis pasaran yang ditinjau oleh CNN Business  mengunjurkan pendapatan keseluruhan untuk AT&T adalah pada $40.6 bilion, susut dari $42.3 bilion pada tahun sebelum dengan pendapatan sesaham di $0.78, naik dari $0.76 pada suku yang sama tahun lepas. AT&T melaporkan laporan suku tahun yang konsisten sama ada menepati atau menjangkaui unjuran oleh penganalisis pasaran sejak 4 suku yang lepas.

 

Meskipun laporan suku tahun AT&T (MT5: #AT&T) mencatatkan keputusan positif sejak 4 suku yang lepas, namun harga saham AT&T menunjukkan pergerakan sebaliknya. Saham AT&T bergelut untuk kekal kukuh di dan ia mencatatkan penurunan sejak dari kejatuhan akibat Covid-19 pada Mac 2020 serta mencatat rekod harga terendah sejak 2009.  Ia jelas berbeza dengan pergerakan indeks Dow Jones dan S&P500 yang mencatatkan kenaikan dan harga rekod tertinggi. Ia kini didagang di $25.58, jatuh lebih 35% dari paras tertinggi direkodkan pada 2019 di $39.75. Saham AT&T turut mencatatkan penurunan 5 bulan berturut-turut sejak Mei 2021. Paras terendah 13 Oktober di $25.01 kini menjadi paras support terdekat dengan paras fibo 23.6% di $27.10 adalah resistant terdekat. Momentum masih lagi menunjukkan bahawa bear masih lagi menguasai saham AT&T dengan RSI-14 masih lagi jauh dari paras neutral 50 dan signal line MACD masih lagi menuju ke bawah.

Buat masa ini, Zacks meletakkan AT&T dalam kategori #3 iaitu Hold manakala 18 daripada 29 penganalisis yang dibanci oleh CNN Business juga meletakkan saham AT&T dalam kategori Hold, dengan 3 meletakkan Sell, 1 underperform, 2 outperform dan 5 lagi dalam Buy.

 

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.