Harga Emas (XAUUSD) didagang tinggi di sesi Asia dan Eropah berikutan sentimen semasa yang agak tenang dan kelemahan USD secara global. Tetapi ia masih gagal mencapai semula paras $1780 yang merupakan resistant terdekat yang terbentuk selepas pengumuman data NFP pada minggu lepas. Ia kini terjun semula ke bawah dan menghampiri $1760 selepas data CPI.
Keadaan sentimen semasa kini menunjukkan USD mengukuh semasa selepas data inflasi US (CPI) lebih tinggi daripada unjuran pasaran, kenaikan harga minyak terus menekan inflasi di paras tinggi. CPI (Ex Food & Energy) mencatat angka 0.2% naik dari 0.1% pada bulan sebelum. CPI m/m mencatat 0.4% berbanding 0.3% bulan sebelum manakala CPI y/y (Sept) naik ke 5.4% berbanding 5.3% pada bulan sebelum, unjuran pasaran adalah 5.3%.
Pada awal pagi pula, penerbitan minit mesyuarat FOMC yang ditunggu akan diumumkan. Para pelabur ingin melihat secara lebih terperinci mengenai rancangan FED untuk mengadakan program tapering dan pengurangan bulanan QE dan juga tempoh tapering. Faktor-faktor ini dijangka memberi kesan kepada pergerakan USD pada minggu ini dan minggu hadapan.
Analisa Teknikal XAUUSD
Buat masa ini, $1780 merupakan resistant terdekat diikuti paras $1800 yang merupakan resistant psikologi terhampir. XAUUSD mencatatkan kenaikan lebih $17 sejak sesi Asia dan kini gagal menembusi $1777 yang juga paras 50% fibo retracement dari swing high low Ogos-Oktober 2021. Sekiranya paras ini gagal bertahan, $1800 akan diaktifkan sebagai resistant seterusnya dan fibo retracement 61.8% di $1807 juga kawasan resistant yang berpotensi. Sekiranya data CPI kukuh dan USD kembali mengukuh di sesi New York, paras fibo 38.2% di $1764 akan menjadi pertahanan pertama diikuti paras MA-50 & MA200 H1yang bergerak hampir satu sama lain di sekitar $1760. Paras psikologi di $1750 akan menjadi benteng intraday terakhir untuk XAUUSD.
XAUUSD setakat ini menunjukkan pergerakan sideway yang agak besar antar $1750 dan $1780. RSI-14 telah menunjukkan kondisi overbought sebelum pengumuman CPI dan kini telah melepasi paras 70 dan kini jatuh semula di bawah 50.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.