S&P500: Bull Cuba Bertahan

Indeks Bursa Hadapan S&P500 (US500.F) Amerika Syarikat mencatatkan penurunan mingguan setelah mencapai paras tertinggi dalam sejarah di 4548.70 mata pada 3 September 2021. US500.F secara konsisten mencatatkan paras tertinggi sejarah pada tahun 2021 yang dibantu oleh faktor pemulihan ekonomi yang pantas selepas wabak Covid-19 melanda dunia pada tahun 2020.

Bursa saham US jelas gagal memulih daripada kelemahan data pekerjaan NFP US pada awal bulan  September dan juga kebimbangan berterusan varian Delta Covid-19 akan menjejaskan pemulihan ekonomi US. Selain itu, kebimbangan inflasi tinggi yang akan menyebabkan Rizab Persekutuan US mengambil langkah tegas dalam kawalan polisi juga mula membimbangkan para pelabur. Kejatuhan harga saham syarikat gergasi APPLE Inc yang terkesan akibat keputusan mahkamah persekutuan yang meluluskan injunksi menghalang Apple dari memaksa pembekal Apps menggunakan sistem bayaran Apple. Ini berlaku kurang seminggu sebelum pelancaran produk Iphone yang baru dan ia jelas memberi impak kolateral kepada saham-saham syarikat lain di Bursa US.

US500.F mencatatkan penurunan harian 4 hari berturut-turut sejak minggu lepas buat kali pertama sejak Februari 2021 di mana ia jatuh 5 hari berturut-turut.  dan carta hari ini (Isnin) juga menunjukkan pergerakan penurunan masih lagi dominan. Carta mingguan telah menunjukkan formasi bearish engulfing apabila harga ditutup pada 4460.70 mata, jatuh dari harga pembukaan minggu lepas di 4532.82 mata.  Harga harian US500.F kini didagang di bawah daily MA-20 buat kali pertama sejak 18 Ogos dan kian menghampiri paras sokongan dinamik MA-50 di 4425 mata. RSI-14. Sekiranya MA-50 gagal bertahan, paras psikologi penting 4400 mata akan berfungsi sebagai sokongan seterusnya di bawah.

Dengan data penting US untuk minggu ini adalah data inflasi untuk bulan Ogos akan diterbitkan pada hari Selasa, ia akan memberikan petunjuk jelas pergerakan USA500.F yang seterusnya pada minggu ini.

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.