Satu hari yang buruk untuk USD adalah hari yang baik untuk Emas XAUUSD, dan itulah tema pergerakan harga emas untuk minggu ini. Harga XAUUSD sekali lagi ditutup kukuh di akhir sesi New York apabila kelemahan USD masih lagi berterusan pada minggu ini. XAUUSD diniaga pada sekitar $1814 di penghujung sesi US, dan julat pergerakan hari ini adalah di antara $1808-$1820. Meskipun julat pergerakan agak untuk hari yang biasa, XAUUSD tetap menunjukkan peningkatan harga harian yang konsisten pada minggu ini.
Unjuran pasaran yang menjangkakan FED akan hanya memulakan Tapering pada akhir tahun dan intonasi Powell yang Dovish pada Jackson Hole minggu lepas jelas menyokong pengukuhan Dollar. Meskipun data NFP akan diterbitkan pada minggu ini, para pelabur melihat impak data ini bercampur-campur dengan jangkaan NFP Ogos lebih rendah dari bulan Julai.
USDIndex secara dasarnya terus tertekan dan kini berada pada 92.50 mata, rendah dari paras penting 93.00. Sekiranya USD terus melemah dan memecahkan sekali lagi paras terendah minggu ini di 92.35, ia akan membuka ruang untuk XAUUSD untuk terus menokok dan mengukuh. Paras psikologi terdekat adalah di $1820 yang mana sekiranya XAUUSD terus mendapat permintaan, perhatian akan tertumpu kepada resistant penting Julai dan Ogos di $1833. $1850 adalah jangkauan harga yang agak sukar tetapi kemungkinan adalah tinggi sekiranya data NFP US lemah pada Jumaat ini. Sokongan terdekat berada di $1800 paras psikologi. Dengan kawasan konsolidasi minggu lepas di $1790 adalah penahan seterusnya. Harga terendah Ogos bagi XAUUSD adalah di $1688.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.