Dolar Australia didagang rendah sedikit berbanding USD dan Euro, juga lemah berbanding satu lagi matawang antipodean NZD. Pada akhir sesi Isnin, AUD/USD diperdagangkan pada 0.7294 dalam persekitaran dolar AS yang agak lemah berikutan kelemahan untuk indeks DXY pada hari Jumaat.
Jerome Powell, ketua Fed, menyampaikan ucaptama yang dovish dan membolehkan matawang komoditi untuk mengukuh dan Aussie bertindak balas dengan baik, naik ke tahap tertinggi baru $0.7318. Tetapi AUD/USD telah susut sedikit sejak kenaikan Jackson Hole. Sementara itu, pasaran dalam mod tunggu dan lihat pada minggu kritikal untuk AS dan GDP Australia. Berikutan ucapan dari Powell, para pelabur akan memerhatikan data PMI US pada hari Rabu ini dan Gaji Nonfarm Payroll pada akhir minggu.
AUDUSD ditutup Isnin dibawah 0.7300 dan bergerak dalam jula yang kecil sejak sesi London Isnin. Ia masih lagi di atas MA-50 di 0.7280 dan MA-200 di 0.7225. Paras tertinggi Isnin 0.7318 kini menjadi resistance intradaya penting diikuti 0.7340 dan data tertinggi 13 Ogos di 0.7380. RSI-14 kembali ke kawasan neutral di 51.
Dengan latar belakang risiko varian Delta Covid-19 masih lagi menghantui pasaran, AUDUSD dijangka terdedah kepada sebarang perubahan sentimen dalam jangka masa pendek.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.