Laporan Pasaran – 23 Ogos – Dollar Susut, Pasaran Ekuiti Mengukuh

Berita Pasaran Hari Ini – USD (USDIndex 93.32) menyusut hari ini tetapi masih kekal di atas 93.00. Yields (10thn 1.26%) turut susut selepas bursa Asia mengikut kenaikan Bursa US. (USA500 ditutup Jumaat +0.81% @ 4441 & Bursa hadapan kini didagang di 4451). Hujung minggu – Situasi Afghanistan terus berlarutan, Biden mengeluarkan arahan eksekutif mengenai beberapa sekatan saluran paip Rusia, varian Delta tetap menjadi perhatian dan PM Jepun Suga mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya tempatan. Data awal pagi – AUD & JPY PMi’s gagal mencapai unjuran USOil naik selepas kejatuhan 7 hari ke $61.35 pada Jumaat dan naik  ke $62.85 dan Gold kekal di atas $1785. 

Pembukaan Eropah –  Bund hadapan 10 tahun untuk bulan September turun -15 tick, Bursa hadapan US turut menyusun dengan keadaan ‘risk appetite’ semakin stabil. Kebimbangan tapering semakin reda membantu menyokong permintaan dan niaga hadapan DAX dan FTSE 100 naik 0.7%, niaga hadapan A.S. sekitar 0.4%. Data PMI Jepun menunjukkan percepatan penguncupan dan sementara data Eropah diharapkan tetap teguh di wilayah pengembangan, terdapat risiko bahawa peningkatan kes dan pertanyaan mengenai keberkesanan vaksin akan mempengaruhi sentimen perkhidmatan khususnya, sementara  sektor pembuatan terus berjuang dengan gangguan rantaian bekalan dan kekangan kapasiti. Pengumuman bahawa Jackson Hole diadakan sebagai acara maya akan memberi sedikit sebanyak harapan agar sokongan bank pusat berterusan. “Fed mengelak daripada perhimpunan secara bersemuka, mencerminkan Fed yang jauh lebih berhati-hati, yang pmungkin menunjukkan bahawa Fed tidak akan mengumumkan tapering QE seawal di Jackson Hole, dan kemungkinan tidak pada bulan September.” – Action Economics 

Hari ini – EZ, UK, US Flash PMIs, US Existing Home Sales.

Penggerak Terbesar @ (06:30 GMT) USOil (+1.90%) memcahkan kejatuhan 7 hari, kini naik dari 61.35 pada Jumaat dan kini didagang di atas $63.00. Kini berada di sekitar $62.85. Fast MA menaik , MACD signal line & histogram di bawah 0 tetapi semakin naik. RSI 55.6, MFI 110 overbought.  H1 ATR 0.35, Daily ATR 2.15.

Klik disini untuk akses Kalendar Ekonomi

Stuart Cowell

Head Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.