Matawang Australia Dollar terus menjunam pada permulaan minggu berikutan keadaan sentimen semasa yang suram. AUD didagang lemah berbanding matawang utama dunia. Data ekonomi dari China yang diterbitkan pada Isnin menunjukkan kelemahan apabila data Retail Sales dan Industrial Production gagal mencapai bacaan seperti dijangkakan. Keadaan sentimen pasaran yang agak kelam menyebabkan matawang komoditi AUDUSD dan AUDJPY jatuh hampir ke paras terendah Ogos.
Tumpuan kini terarah kepada penerbitan minit mesyuarat RBA pada pagi Selasa. Para pelabur mengharapkan sesuatu yang positif daripada minit RBA selepas kenyataan RBA yang agak hawkish pada mesyuarat polisi lepas.
AUDUSD didagang rendah pada Isnin sebelum konsolidasi pada akhir hari dagangan pada 0.7336. Paras terendah Ogos menjadi benteng terakhir intraday di 0.7315. Dengan penembusan paras ini akan mengaktifkan support terendah Julai di 0.7289. Harga AUDUSD kini didagang di bawah paras MA-50 dan MA-200 yang menjadi resistant dinamik utama diikuti paras resistant di 0.7380. Apa yang menarik perhatian adalah AUDUSD kini telah didagang di dalam fasa konsolidasi yang agak panjang sejak Julai di antara 0.7289 dan 0.7425. RSI-14 kini berada berhampiran paras 45.
Sementara itu, matawang penunjuk utama sentimen di pasaran, AUDJPY jelas tertekan akibat sentimen suram di pasaran, ia mencatatkan harga erendah Ogos di 79.88 sebelum naik sedikit di akhir sesi dagangan New york. Paras terendah Julai di 79.83 kini masih lagi bertahan dengan baik. Namun dagangan ketika ini jauh lebih rendah dari paras tertinggi Ogos di 81.57. Keadaan sentimen di pasaran saham yang tidak menentu (meskipun indeks USA30 terus mencatat paras tertinggi) diikuti kesuraman dan perintah kawalan pergerakan di kebanyakan negara berikutan penyebaran varian Delta Covid-19 jelas membebani AUDJPY. RSI-14 telah melepasi paras oversold dan momentum ketika ini menunjukkan bahawa Bear masih lagi menguasai.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.