Indeks Saham US: Rekod Tertinggi Lagi

Pasaran saham terus mencatatkan rekod tinggi dalam sejarah di mana USA30 (Dow Jones) dan USA500 (S&P500) mencatatkan kenaikan tertinggi masing-masing pada 35,498 dan 4,449.81 dalam dagangan hari yang baik buat Sesi Dagangan New York. Kenaikan ini berpunca daripada penerbitan data inflasi Amerika Syarikat yang agak perlahan pada bulan Julai, mengurangkan kebimbangan para pelabur berkenaan dengan kemungkinan tindakan pantas Rizab Persekutuan (FED) dalam mengurangkan pengurangan pembelian bon. Data yang agak sederhana menunjukkan kemungkinan inflasi telah melepasi kemuncak, di mana ekonomi kembali berfungsi seperti biasa dan rantaian pembekalan juga kembali normal. Tumpuan seterusnya akan terarah kepada persidangan Pegawai Bank Pusat di Jackson Hole pada penghujung bulan ini. Dengan sentimen semasa di pasaran saham yang positif selepas penggubal undang-undang US meluluskan pakej bil infrastruktur yang bernilai 1 trilion pada Selasa lepas.

 

Indeks USA30 melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah di 35498 mata, kenaikan harian sebanyak lebih 230 mata. Paras tertinggi Selasa di 35280 kini menjadi paras support terdekat diikuti dengan paras terendah minggu ini di 35025. MA-50 dan MA-200 menunjukkan dorongan pergerakan ke atas dan RSI-14 kini berada di atas paras 75. USA30 akhirnya berjaya melepasi kawasan mendatar (sideway) yang berpanjangan semenjak 23 Julai lepas.

Sementara itu, indeks USA500 turut mendapat manfaat yang sama dan mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah di 4449 mata. Paras support terdekat beradan di 4427 mata diikuti dengan paras terendah minggu ini di 4419. MA-50 dan MA-200 masing-masing melunjur ke atas. Tetapi RSI-14 masih lagi berada di bawah paras overbought 70, menunjukkan kemungkinan momentum bull akan terus menguasai pasaran.

Keadaan sentimen semasa dilihat amat baik dengan sokongan data CPI dan kelulusan bil infrastruktur. Pasaran Asia dijangka akan mengambil dahuluan dan petunjuk dari sesi New York dan dijangka didagang lebih tinggi, melainkan perkara luar jangka berlaku. Indeks USA30 dan USA500 dilihat akan mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah buat beberapa kali lagi dalam masa terdekat

 

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.