Menjelang Laporan Kewangan Dominion Energy

Dominion Energy, Inc., syarikat utiliti tenaga yang ditubuhkan pada tahun 1983 dan berpangkalan di Richmond, VA. Syarikat ini adalah syarikat utama yang membekalkan bekalan elektrik dan gas asli kepada pengguna, perniagaan dan pemborong. Dominion turut terlibat dalam saluran gas asli antara negeri dan system simpanan bawah tanah. Dominion dijangka akan mengumumkan laporan kewangan suku ke-2 pada 6 Ogos 2021 sebelum pasaran dibuka.

Dalam laporan suku pertama pada May lepas, Dominion Energy melaporkan laporan yang agak memberansangkan dimana ia mengumumkan hasil pulangan sesaham (EPS) $1.09 berbanding unjuran $1.08. Manakala pendapatan (revenue) direkodkan pada $3.87 bilion (unjuran $3.68 bilion), jatuh sedikit 1.7% berbanding suku yang sama pada tahun sebelum.

Dominion Energy kini membekalkan bekalan tenaga kepada lebih 7 juta pelanggan di 16 buah negeri di Amerika Syarikat dan syarikat ini terus komited untuk mengembangkan perniagaan mereka. Kerajaan Amerika kini dalam proses evaluasi impak alam sekitar terhadap cadangan Dominion Energy untuk projek tenaga kincir angin di pesisir pantai Virginia. Sekiranya projek ini diluluskan, ia akan menambah pendapatan Dominion Energy dengan lebih 660,000 perumahan baru akan menggunakan bekalan elektrik daripada projek ini. Meskipun proses penjualan unit saluran gas asli (questar pipeline) bernilai $1.3 bilion kepada syarikat Berkshire Hathaway Inc milik Warren Buffet gagal direlisasikan atas persetujuan kedua-dua belah pihak, ia dijangka tidak akan menjejaskan pendapatan dan harga saham Dominion Energy.Sebaliknya, keputusan laporan kewangan suku ke-2 akan bergantung kepada prestasi Dominion Energy selepas operasi yang tergendala akibat pandemik Covid-19 menyebabkan kenaikan kos penyelenggaraan. Kenaikan kos pinjaman turut dijangka akan memberi kesan kepada pendapatan Dominion Energy. Zacks Equity Research menjangkakan EPS Dominion Energy pada $0.77 dengan penurunan -6.1% berbanding tahun lepas (y/y), Pendapatan pula diunjurkan pada $3.29 bilion, susut -8.2% y/y. Meskipun laporan suku ke-2 diunjurkan rendah, ia adalah ‘seasonal pattern’ bagi syarikat Dominion yang mana ia menunjukkan bentuk yang sama sejak beberapa tahun lepas.

Saham #Dominion kini didagangkan pada $75.43 selepas ditutup pada Rabu, tidak banyak berubah berbanding harga pada pembukaan 2021 di $75.00. Tetapi harga #Dominion jatuh -6.3% berbanding dengan harga saham pada 12 bulan lepas. Saham ini bererak di dalam julat yang agak kecil sejak Jun 2021 di mana ia bergerak di antara $78.50 dan $73.00. Paras tertinggi Jun di $78.50 merupakan resistant terdekat dan sebarang pecahan akan mengaktifkan paras tertinggi Mei 2021 $81.08 (paras tertinggi 2021) . Paras $73.00 merupakan paras support terhampir dan paras terendah 2021 di $67.83 adalah support seterusnya. Pergerakan MA-50 dan MA-200 kini berhampiran satu sama lain dan juga hampir dengan harga saham semasa, manakala RSI-14 kini berada dalam fasa neutral berhampiran bacaan 50, ia menunjukkan bahawa saham #Dominion kini dalam fasa konsolidasi jangka pendek.

Para penganalisis (sumber CNN Money) masih lagi meletakkan saham Dominion Energy (MT5 = #Dominion) antara saham yang berpotensi di mana 10 penganalisis meletakkan saham in dalam kategori Buy, 5 analis meletakkan dalam kategori Hold dan 1 analis meletakkan saham  ini sebagai outperform. Unjuran harga median bagi saham #Dominion kini diletakkan di harga $85.00, +12.6% dripada harga semasa.

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.