Selepas Indeks saham hadapan Dow Jones (US30) mencatat harga tertinggi dalam sejarah pada awal sesi New York, pasaran saham Amerika Syarikat memulakan dagangan bulan Ogos dengan langkah kiri apabila didagangkan merosot pada hari pertama dagangan Ogos.
Data ekonomi ISM Manufacturing PMI bulan Julai yang lemah daripada jangkaan menyebabkan para pelabur agak bimbang pada sesi dagangan Isnin. ISM Manufacturing PMI mencatatkan 59.5 untuk bulan Julai, lebih rendah dari bulan sebelumnya pada 60.6. Bacaan PMI ini menunjukkan penurunan untuk 2 bulan berturut-turut yang disumbangkan oleh bekalan bahan mentah yang terhad dan perbelanjaan yang beralih kepada servis berbanding barangan.
Ini secara langsung memberi kesan kepada hasil perbendaharaan 10 tahun (Bond Yield), di mana hasil menyusut ke paras terendah sejak 20 Julai di 1.15%. Ia menyebabkan sentimen pasaran semasa agak muram secara keseluruhannya dan harga minyak mentah USOIL menjadi mangsa dengan kejatuhan lebih 4% ke $69.90 sebelum naik sedikit ke $70.96 pada akhir sesi US.
Covid-19 terus menjadi duri dalam daging buat pasaran di mana sentimen semasa turut dipengaruhi oleh kebimbangan varian Delta yang semakin merebak di seluruh dunia. Malah, Presiden Fed Minneapolis Neel Kashkari turut dipetik berkata bahawa kenaikan jangkitan akibat varian Delta Covid-19 mungkin akan memberi kesan kepada pemulihan ekonomi dan menyebabkan ramai rakyat kekal menganggur. Menurut data CDC, US mencatatkan purata lebih 63,000 kes sehari sejak 7 hari lepas, rekod tertinggi sejak April tahun ini dan kebanyakan negeri telah mula mengenakan arahan baru termasuk mewajibkan memakai penutup muka (mask).
US30.F diniagakan rendah selepas mencatat harga rekod tertinggi 35,077mata, ia kini menyusut ke 34,755 mata. Dengan paras fibo retracement 23.6% menjadi support penting. Secara keseluruhannya US30 didagang di dalam fasa konsolidasi sejak 26 Julai lepas. US500.F (SP500) turut menyusut dari paras tertinggi harian 4,397 mata ke paras terendah 4,377. paras fibo retracement 23.6%juga menjadi support penting di 4,374 diikuti support di 4,365. US500.F turut didagang didalam zon konsolidasi sejak 26 Julai. Pasaran saham US dijangka akan terus bergerak dalam fasa konsolidasi dengan para pelabur yang berhati-hati menantikan data penting NFP sektor buruh pada Jumaat ini.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.