Laporan Suku Tahun 21 Julai: Johnson&Johnson, Coca-Cola, Intel Menjadi Tumpuan

Julai merupakan bulan yang penuh dengan acara penting dimana musim panas di hemisfera utara bermula, hari kemerdekaan di Amerika syarikat dan Kanada dan kebanyakan ekonomi di negara Eropah dibuka semula. Kehangatan laporan kewangan suku tahun untuk syarikat-syarikat yang didagang di bursa saham New York diteruskan pada minggu ketiga Julai 2021. Pada 21 Julai, beberapa laporan kewangan daripada syarikat gergasi seperti Verizon, Johnson & Johnson, Coca-Cola dan Intel akan diterbitkan.

Gergasi farmaseutikal dan bioteknologi Johnson & Johnson (J&J) (MT5: #Johnson&Johnso) menjadi tumpuan utama pelabur pada 21 Julai berikutan pandemik Covid-19, dimana J&J merupakan salah satu syarikat yang berjaya menghasilkan vaksin untuk pandemik Covid-19. Sehubungan itu pendapatan utama J&J dijangkakan daripada sektor pembekalan vaksin 1 suntikan Covid-19 dan alatan perubatan. Selepas laporan suku pertama 2021 yang mengatasi jangkaan pasaran dimana syarikat J&J melaporkan earning per share (EPS) dilaporkan sebanyak $2.32 dan pendapatan sebanyak ~$20.6bilion pada April lepas.

Pasaran menjangkakan kenaikan pendapatan dan EPS untuk laporan kewangan suku tahun berakhir pada Jun 2021. J&J dijangkakan melaporkan EPS suku tahun sebanyak $2.28, kenaikan tahunan (y/y) sebanyak 36.5% berbanding suku tahun sama pada tahun lepas. Manakala pendapatan turut dijangkakan akan meningkat 21.5% berbanding suku tahun lepas pada $22.27 bilion. Pasaran menjangkakan tiada kejutan besar laporan dari J&J berikutan sejarah syarikat yang sentiasa melangkaui atau menepati unjuran pasaran sejak empat laporan suku tahun yang lepas. Zacks meletakkan J&J di dalam ranking #3, kondisi memegang saham ini. Saham Johnson&Johnson (MT5 #Johnson&Johnso) telah meningkat 9.24% sejak daripada awal tahun 2021. Ia kini didagangkan pada harga sub $170, sedikit rendah daripada paras tertinggi 2021 pada $173.57. Trend pergerakan harga J&J masih lagi menjurus ke atas dimana kedua-dua MA-50 & MA200 masih lagi menunjukkan hala ke lebih tinggi. Namun ia bergerak dalam konsolidasi julat $162-$172 sejak dari April lepas. Johnson & Johnson akan melaporkan laporan suku tahun berakhir Jun 2021 sebelum bursa dagangan New York dibuka.

Sementara itu, syarikat gergasi minuman Coca-Cola (MT5: #Coca-cola) juga akan menerbitkan laporan suku tahun pada hari yang sama. Zacks menjangkakan syarikat gergasi minuman ini mengumumkan Earning per share (EPS) $0.55, kenaikan 31% berbanding suku sama tahun lepas, manakala pendapatan meningkat 31.5% kepada $9.4 bilion. Meskipun insiden Cristiano Ronaldo dan Coca-Cola pada kejohanan Euro 2020, ia dijangka tidak memberi impak kepada laporan kewangan suku tahun Coca-Cola. Harga saham Coca-Cola untuk tahun 2021 agak roller coaster di mana ia mencatatkan kejatuhan besar sehingga $48.14 sebelum melonjak semula ke paras tertinggi 2021 $56.48, Ia kini didagang sedikit rendah pada $56.43,  kenaikan 3.8% untuk tahun 2021. Zacks juga mengunjurkan saham Coca-Cola berada dalam kategori #3 iaitu untuk mengekalkan pegangan saham Coca-Cola. Coca-Cola juga akan melaporkan laporan suku tahun berakhir Jun 2021 sebelum bursa dagangan New York dibuka.

Akhir sekali, saham syarikat semikonduktor terbesar dunia Intel (MT5: #Intel) turut akan mengumumkan laporan kewangan mereka pada 21 Julai.  Selepas laporan suku tahun pertama 2021 yang agak bercampur-campur dimana pendapatan dilaporkan mendatar pada $19.7 billion tetapi EPS melepasi jangkaan pada $1.39 (lebih $0.25% dari jangkaan). Para pelabur amat berminat dengan laporan suku tahun kedua berakhir Jun 2021. Para pelabur menjangkakan penyusutan pendapatan daripada Intel berikutan tahap persaingan dalam teknologi semikonduktor yang semakin sengit. Selepas Apple mengumumkan mereka akan menggunakan cip sendiri pada tahun 2020 yang menyebabkan Intel kehilangan salah satu pelanggan utamanya, reputasi Intel semakin terjejas apabila mereka mengumumkan kelewatan pengeluaran processor generasi baru XEON ke tahun 2022. Kepimpinan baru di bawah CEO Pat Gelsinger masih berusaha keras untuk memacu semula Intel menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing dan berita terkini berkenaan Intel berminat membeli pembuat semikonduktor GlobalFoundries Inc pada harga $30 bilion memberikan sedikit sinar buat Intel. Pasaran mengunjurkan penyusutan pendapatan buat Intel apabila mereka mengumumkan keputusan kewangan mereka pada 21 Julai. Pasaran menjangkakan pendapatan Intel menyusut kepada $17.73 bilion, penurunan 10% berbanding suku sama tahun lepas, manakala EPS dijangka susut sebanyak -13.8% kepada $1.06 sesaham.

Meskipun begitu, para pelabur masih lagi berminat dengan saham Intel dengan Zacks meletakkan saham Intel di dalam ranking #2 iaitu posisi belian berikutan harga sahamnya yang menarik. Intel juga mempunyai sejarah melaporkan EPS melebih unjuran pasaran sejak empat laporan suku tahun yang lepas.  Intel kini didagang pada $55.76, lebih tinggi daripada harga pembukaan 2021 $49.96. Ia telah melonjak ke para tertinggi pada $68.48 pada April sebelum menyusut semula . Ia kini didagang di antar MA-50 dan MA-200 yang menunjukkan bahawa harga Intel kini dalam fasa konsolidasi. Laporan kewangan Intel kali ini dijangka memberi pemangkin kepada hala tuju pergerakan harga Intel yang seterusnya. Coca-Cola juga akan melaporkan laporan suku tahun berakhir Jun 2021 selepas bursa dagangan New York ditutup.

 

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.