US100 & US500 Terbang ke Paras Tertinggi, Facebook Sertai Kelab 1 Trilion

Indeks hadapan US500 (S&P500) dan US100 (NASDAQ) diniagakan pada pada tahap tertinggi dalam sejarah pada hari Isnin berikutan sentiment positif pasaran. Saham Facebook yang menyertai kelab 1 trilion memberi sokongan kepada indeks US100, ia berikutan keputusan  mahkamah daerah menolak kes antimonopoli FTC terhadap Facebook (naik 4.18%). Saham teknologi lain seperti Intel (naik 2.81%), Microsoft (naik 1.4%), Apple (naik 1,26%) turut memberi sokongan kepada kenaikan indeks US100.

Indeks US500 mencapai paras tertinggi 4281.44 mata pada lewat dagangan sebelum menyusut sedikit ke 4277 pada Ketika artikel ini ditulis, ia terus didagangkan dengan momentum bullish yang kuat dan kekal di atas paras MA-50 H1. Ia kekal didagang di dalam channel menaik sejak dari 21 Jun lepas. Sokongan terdekat berada di 4264 mata.

Sementara itu, US100 turut mencatat rekod tertinggi dalam sejarah apabila mencapai paras 14,517.80 mata sebelum menyusut semula ke 14,492 pada Ketika artikel ini ditulis. Sokongan terdekat berada jauh di bawah di 14,420 mata.

Pengukuhan US100 disokong oleh lonjakan saham teknologi dimana Facebook Berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk mengenepikan 2 aduan yang difailkan oleh pendakwa raya berkenaan dengan polisi antimonopoli. Lonjakan saham Facebook membolehkan syarikat itu bernilai lebih $1 trilion menyertai syarikat teknologi besar lain di dalam kelab syarikat trillion. Saham Facebook ditutup tertinggi dalam sejarah pada $355.37, kenaikan lebih 30% pada tahun 2021. 49 daripada 58 penganalisi yang dijejak oleh Bloomberg kini meletakkan saham Facebook dalam kategori Beli, 6 dalam kategori mengekalkan pegangan dan hanya 3 meletakkan saham FB dalam kategori jualan.

Sentimen positif dijangka akan terus berlarutan ke sesi Asia dan Eropah dimana ia dijangka memberi sokongan kepada bursa Asia, UK dan Eropah.

 

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.