Preview BoE dan Pergerakan Sterling

Kabel dicetak tinggi  menghampiri 1.4000 semalam, dibantu oleh kelemahan dolar US. Ia sekarang berada di 1.3973, di atas PP untuk hari ini. Pada awal hari telah terjadi sedikit peningkatan prestasi sterling, yang menyaksikan EURGBP jatuh ke paras terendah 10 minggu pada 0.8530, walaupun pergerakan ini sekarang telah naik sedikit lebih tinggi. Mata wang UK juga mencecah tahap tertinggi berbanding Dolar Aussie sejak Oktober lalu.

Pengumuman dasar BoE dikeluarkan hari ini. Kami berpendapat mereka yang mengharapkan perubahan polisi akan kecewa,  kami menjangkakan pengesahan pendirian dari bulan Mei berbanding perubahan ketara dalam mesej BoE, termasuk suara sebulat suara untuk mengekalkan kadar repo 0.10% tetapi dijangkakan undian 8-1 lagi pada QE dimana Haldane, yang akan meninggalkan MPC, sekali lagi mendesak menurunkan jumlah program pelonggaran kuantitatif. BoE kemungkinan akan tetap optimis terhadap pertumbuhan meskipun ada masalah Covid yang baru, sambil mengabaikan kenaikan inflasi, dimana mereka masih menganggapnya impak sementara.

Dan sekarang, dengan perubahan hawkish dalam Fed, BoE mempunyai perlindungan untuk meneruskan pendiriannya sekarang. Anggota MPC Vlieghe telah memberi isyarat bahawa perkembangan sektor tenaga kerja akan menjadi kunci untuk tinjauan kadar, dengan pembuat polisi menunggu untuk melihat bagaimana ia beralih dari langkah-langkah sokongan pemerintah sebelum membuat keputusan penting mengenai dasar. Sokongan gaji, (skim furlough) akan berakhir pada akhir bulan September. Sebanyak 3 juta orang, kebanyakan dari sektor perhotelan, terus menerima 80% daripada gaji mereka melalui skim furlough. Walaupun Vlieghe mengatakan bahawa kenaikan kadar “awal” adalah mungkin, ini bergantung pada adanya peralihan yang lancar dari jalan keluar.

Persoalannya ialah adakah ekonomi yang dibuka semula akan cukup kuat untuk menyerap potensi kekurangan ini.

Data tinjauan PMI awal dari UK menunjukkan penurunan aktiviti sektor swasta yang tidak dijangka, dengan bacaan komposit susut ke paras terendah 2 bulan 61.7 dari rekod tertinggi 62.9 yang dilihat pada bulan Mei. Ini masih merupakan pembacaan yang kuat, yang menandakan pengembangan yang berterusan, walaupun keputusan pemerintah untuk menangguhkan pelonggaran langkah-langkah kawaln pergerakan sepenuhnya (dari 21 Jun hingga 19 Julai) dan sekatan berterusan dalam perjalanan antarabangsa nampaknya telah meninggalkan kesan.

Walaupun begitu, Pound terus mendapat permintaan menjelang mesyuarat BoE. GBPUSD dijangkakan akan tetap berada pada tahap bias yang stabil secara keseluruhan, setelah kembali ke kawasan atas Bollinger band mingguan, momentumnya mengekalkan bias positif sejak Julai 2020. Dalam carta Daily, aset tersebut sedang berjuang untuk membalikkan kerugian minggu lalu , dengan rintangan utama pada 1.4000-1.4020. Walau bagaimanapun, RSI agak  mendatar bersama dengan garis isyarat MACD hampir kepada sifar menahan aset di zon neutral buat masa ini. Oleh itu, sikap tegas (hawkish) dari BoE hari ini boleh menyokong Pound lebih tinggi.

Klik di sini untuk akses ke kalendar Ekonomi

Andria Pichidi

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.