Pasaran Terkini – Jun 23 – Dollar Menyusut & Equiti Mengukuh Pasca Powell

Market News Today Equiti menokok (USA100 +0.79% ke paras tertinggi baru) & USD menyusut lagi (USDIndex 91.80). Pemangkin adalah komen Powell “inflasi saja tidak akan cukup untuk mendorong kenaikan kadar” “kita akan menunggu bukti inflasi sebenar atau ketidakseimbangan lain.” Pasaran Asia juga pulih, AUD & JPY PMI meleset. US 10 yr yields jatuh selepas USD turut menyejuk; 1.47%. EUR kekal di atas 1.1900 di 1.1925, JPY naik ke 110.80 & Cable (5 tahun selepas undian Brexit) naik ke 1.3945. Gold naik ke $1780, USOil turun dari paras Isnin $73.80 tetapi kekal di atas $72.00 dimana gosip mula kuat mengenai paras $100 untuk Brent¹ & OPEC mungkin menilai semula peningkatan pengeluaran.

Bicara Bank Pusat Daly mengatakan bahawa bank betul untuk bercakap mengenai memperlahankan kadar pembelian aset, tetapi ekonomi “belum sampai lagi” untuk keputusan seperti itu, dan bahkan perbincangan mengenai perubahan kadar tidak berlaku. Mereka menanti data musim untuk melihat dan mendapatkan lebih jelas mengenai status ekonomi & perkembangannya. Inflasi dapat mencapai 3% dalam waktu terdekat & data dijangka kekal tidak stabil. Mester – jangkaan inflasi telah meningkat, tetapi belum mencapai tahap yang membimbangkan – ia akan mencecah antara 3% hingga 3.5%, tetapi setelah itu akan jatuh ke sasaran 2% y/y Fed. Gambaran yang lebih baik mengenai tenaga buruh akan dilihat pada bulan September, setelah sekolah dibuka semula & bantuan tambahan pengangguran berakhir.

Pembukaan Eropah – September 10-year Bund future sedikit lebih tinggi, seperti niaga hadapan AS. Niaga hadapan DAX dan FTSE 100 masing-masing turun -0.019% dan -0.050%, sementara niaga hadapan AS lebih tinggi secara fraksional, setelah Ketua Fed Powell berjaya menenangkan kegelisahan semalam dengan kata-kata yang menenangkan mengenai tinjauan kadar dan dengan menegaskan bahawa tekanan inflasi akan sementara.

Hari ini EZ, UK and US PMIs (Flash), ECB’s Lagarde, de Guindos; Fed’s Bowman, Bostic, Rosengren, dan supply dari German dan US.

Biggest FX Mover @ (06:30 GMT) GBPNZD (+0.29%) penurunan setelah 9  hari dan ditutup 1.9845. Rali pada awal pagi melepasi PP dan 50Hr MA (1.9985) ke paras 1.9900. Resistance R1 1.9931.  Fast MAs melunjur ke atas, RSI 55 masih di neutral, MACD signal line dan histogram naik dengan perlahan & kekal di bawah 0. Stochs susut dari OB & kini neutral.  H1 ATR 0.0023 Daily ATR 0.0122.

¹https://www.forexlive.com/news/!/6-reasons-oil-will-spike-above-100-20210623

Klik di sini untuk akses ke kalnedar Ekonomi

Stuart Cowell

Head Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.