Dagangan Harian NZDUSD Masih Lagi Kekal Menyusut

NZDUSD terus menyusut di bawah paras 0.7200 berikutan tekanan bearish selepas USD mencatatkan pengukuhan di sesi New York.  Sentiment semasa yang agak goyah berikutan kebimbangan para pelabur yang melihat kemungkinan penerbitan data kadar inflasi CPI yang lebih tinggi jelas menyokong pengukuhan USD dan memberikan tekanan kepada matawang komoditi CAD, AUD dan NZD. USDIndex dilihat kekal didagang di atas paras 90.00. Data ekonomi New Zealand ANZ Business Confidence dan ANZ Activity outlook dillihat tidak memberi kesan besar terhadap NZD pada sesi Asia.

Dagangan harian NZDUSD menurun apabila ia mencatat penurunan berterusan pada hari Selasa dimana ia menyusut dari paras tertinggi Isnin (7Jun) 0.7241 sehingga paras terendah Selasa 0.7186. Pergerakan harga jelas berada dibawah kedua-dua MA-50 dan MA-200. Sekiranya trendline menaik Berjaya dipecahkan, paras sokongan 0.7126 (terendah 3 Jun) akan menjadi support penting. Kenaikan NZDUSD agak terbatas dan berliku dimana MA-50 & MA-200 menjadi resistance terdekat diikuti resistance di 0.7241. NZDUSD telah menunjukkan penurunan yang agak konsisten sejak dari awal Jun 2021. Paras RSI-14 masih lagi berada di teritori bearish (38) tetapi masih belum mencapai paras oversold lagi.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi utama sehingga Khamis malam, NZDUSD dijangka akan meneruskan pergerakan menurun untuk jangka masa pendek berikutan ketiadaan pemangkin untuk menyokong pengukuhan NZD.

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.