Bursa saham US diniagakan tidak banyak berubah pada Hari Selasa selepas para pelabur Kembali dari cuti Hujung Minggu dan cuti Hari Memorial. Para pelabur dilihat menilai semula unjuran mereka berikutan data terkini US menunjukkan tanda-tanda kebangkitan tetapi tekanan inflasi dilihat meningkat.
Ahli Fed Neel Kashkari dan Randla Quarles bagaimanapun menekankan pada hari Selasa bahawa kenaikan inflasi adalah proses transisi sementara sahaja.
US30 (DJIA30) dan US500 (S&P500) mencatatkan peningkatan di sesi pagi berikutan kenaikan saham-saham sektor tenaga dan kewangan tetapi tekanan harga di saham-saham sektor kesihatan dan teknologi menekan semula harga indeks tersebut. Data ISM Manufacturing PMI pada bulan Mei menunjukkan peningkatan kepada 61.2 berbanding 60.7 pada bulan sebelum. Data ini jelas menunjukkan bahawa kegiatan pembuatan di US telah meningkat semula berikutan kenaikan permintaan selepas pembukaan semula sekatan pergerakan dan kegiatan ekonomi kembali dibuka.
US30 dilihat cuba menguji paras tertinggi dalam sejarah 35,000 mata pada awal sesi tetapi hanya mampu mencapai 34,821 mata sahaja sebelum bear kembali menekan harga ke bawah. Ia ditutup pada 34,550 mata, naik sedikit berbanding harga pembukaan. Paras 35,000 kekal paras psikologi untuk Bull cuba menguji. Sementara bear perlu menekan harga ke bawah paras terendah Mei 2021 33,200 untuk memungkinkan penguasaan semula pasaran.
Gerakan sama turut dapat dilihat di kaunter US500 dimana rekod paras tertinggi 4237 mata cuba diuji tetapi Bull hanya mampu sampai ke paras 4229 sahaja sebelum harga kembali susut dan ditutup pada 4198 mata. Dijangkakan paras resistant 4237 mungkin dapat diuji sekali lagi sekiranya sentimen pasaran pada hari Rabu kekal positif. Paras terendah bulan Mei adalah pada 4028 yang menjadi paras sokongan penting.
Dengan data sektor buruh (NFP) akan diumumkan pada hari Jumaat, dijangkakan bursa saham US akan terus mendapat permintaan daripada para pelabur.
Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.