GBPUSD Terus Berlegar di Sekitar 1.4200

GBPUSD diperdagangkan di sekitar 1.4200 dalam perdagangan tipis berikutan cuti bank UK dan AS. Pelabur bimbang bahawa peringkat akhir pembukaan semula UK akan ditangguhkan kerana penyebaran varian virus dan juga kebimbangan mengenai ekonomi AS yang agak berisiko beirkutan kenaikan inflasi.

Berikutan tiada pemangkin asas yang signifikan dan pelepasan data ekonomi makro, aliran akhir bulan nampaknya menyebabkan dolar AS melemah berbanding saingan utamanya. Ia membolehkan GBPUSD mengekalkan posisinya untuk dagangan hari Isnin. Selain itu, keadaan perdagangan yang tipis kerana percutian Hari Peringatan di AS nampaknya membenarkan pasangan GBPUSD sedikit mengukuh.

Tidak data utama ekonomi UK pada hari Selasa. Manakala di US, PMI Pembuatan ISM, yang dijangka meningkat menjadi 61 pada bulan Mei dari 60.7 pada bulan April, yang mungkin menjadi pemangkin GBPUSD pada hari Selasa. Meskipun begitu, julat pergerakan dijangka kecil berikutan para pelabur akan menantikan impak penerbitan data sektor buruh (NFP) US pada hari Jumaat.

GBPUSD didagang mendatar pada awal minggu dengan 1.4200 masih menjadi paras psikologi penting. Ia masih lagi gagal mencabar paras tertinggi minggu lepas di 1.4220 dan paras tertinggi May di 1.4233. MA-50 (H4) kini merupakan support penting selari dengan paras Weekly Pivot Point yang berada di 1.4165. Paras support S1 akan terkatif sekiranya harga menembusi Pivot Point. Pivot R1 berada sedikit di atas di paras harga 1.4240. RSI-14 masih lagi dalam keadaan sedikit tinggi di 57.74.

Belajar Berdagang Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.