AUDUSD Jatuh Dari Paras Tertinggi Mingguan Walaupun Data Buruh Positif

AUDUSD menyusut pada dagangan Asia meskipun data sektor buruh menunjukkan peningkatan. Sebanyak 70.7 ribu kerja baru telah dicipta pada bulan Mac, melepasi konsesus pasaran pada 35 ribu, manakala kadar pengangguran pula menurun kepada 5.6% berbanding 5.7% konsesus (Data sebelum 5.8%). Walaupun secara keseluruhannya data sektor buruh Australia positif, pasaran agak bimbang melihat bahawa kebanyakkan peluang pekerjaan baru hanya melibatkan kerja separuh masa (91.5 ribu), kerja sepenuh masa telah menguncup kepada -20.8 ribu, sesuatu indikasi yang kurang baik buat pasaran.

Sentimen pasaran agak bercampur-campur juga memberi tekanan kepada AUDUSD, dengan kebimbangan ketegangan geo-politik antara US dan China. Ini berikutan lawatan delegasi US ke Taiwan dan tindakan China menjalankan latihan kententeraan berhampiran sempadan Taiwan. Indeks Saham Han Seng dan Indeks Shanghai Comp diniagakan negatif pada hari ini. Ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada matawang komoditi seperti AUD, NZD dan CAD.

AUDUSD telah menyusut selepas penerbitan data berikutan kebimbangan pelabur dalam sektor pekerjaan sepebuh masa. AUDUSD melonjak seketika ketika penerbitan data ke paras tertinggi minggu ini 0.7743 tetapi terus menyusut selepas itu, ia kini didagangkan di sekitar 0.7711 menjelang pembukaan sesi dagangan Eropah. Paras Daily pivot di 0.7696 menjadi sokongan penting untuk mengekang kejatuhan AUDUSD, paras support dinamik 200-MA (M15) akan diaktifkan sekiranya pivot pecah di sekitar 0.7665 diikuti pivot S1 di 0.7656. MA-50 (M15) menjadi rintangan terdekat untuk bull kembali menguasai di sekitar 0.7724, diikuti paras tertinggi minggu ini 0.7743. Pivot R1 berada agak jauh di atas pada 0.7763.

Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.