Merck: Laporan Kewangan Suku Tahun

Merck & Co (MT5: #Merck&Co), syarikat gergasi bio-farmasitikal utama dunia akan melaporkan laporan suku tahun ke-4 tahun 2020 pada 4 Febuari 2021 sebelum pasaran dibuka. Merck merupakan pelopor dalam kajian penyakit utama yang menjangkiti manusia dan binatang seperti penyakit kanser, penyakit berjangkit seperti Ebola, Rubela, penyakitan berkaitan seksual dan HIV.  Dengan kebanyakan hospital di seluruh dunia tertumpu kepada rawatan Covid-19 dan ekonomi global yang terjejas akibat penutupan aktiviti dan arahan kawalan pergerakan, ia menjejaskan hasil jualan Merck untuk tahun 2020. Tetapi hasil jualan dijangka kekal kukuh berdasarkan laporan suku tahunan sebelum ini.

Merck & Co melaporkan kenaikan 20.83% pada laporan suku tahun sebelum ini, dan prestasi syarikat dilaporkan lebih baik dari unjuran sejak 4-suku tahun yang lepas.

Merck dijangka akan melaporkan hasil pendapatan yang mendatar  berbanding dengan suku sebelum meskipun terdapat kelemahan jualan vaksin-vaksin keluaran syarikat seperti Proquad dan Gadasil. Manakala dalam pembangunan vaksin Covid-19, Merck telah mengumumkan pemberhentian program penyelidikan vaksin di peringkat awal berikutan keputusan kurang memberansangkan.

Pasaran menjangkakan pendapatan Merck untuk suku ke-4 2020 di sekitar $12.5 bilion sedikit rendah berbanding konsesus $12.7 bilion. Manakala Zacks.com mengunjurkan hasil pulangan per saham (earning per share) dijangkakan pada $1.36 (+2.27%) dengan jangkaan tertinggi $1.40.

Sumber:Nasdaq.comSumber:Nasdaq.com

Saham Merck & Co telah menyusut lebih 11% sejak setahun lalu, di mana syarikat-syarikat lain dalam industri farmasitikal mencatatkan kenaikan 5%. Kelemahan harga saham berbanding pesaingnya mungkin disebabkan kegagalan ujikaji vaksin Covid-19 di peringkat awal oleh Merck. Harga Merck kini ditutup pada $77.41, sedikit atas dari paras terendah 2021 $76.39, Harga tertinggi 2021 pula adalah $85.59. Ia kini didagang di bawah paras fibonacci retracement 50% dari kejatuhan 2019-2020 dan didagang di bawah paras weekly 50-SMA.

Belajar Dagangan Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.