Analisa AUDUSD dan AUDJPY: Adakah Pullback Jangka Pendek?

Matawang AUD yang sensitif kepada sentimen pasaran agak ‘volatile’ pada minggu ini berikutan isu varian baru Covid-19 di United Kingdom. Kecairan pasaran yang rendah turut memberi kesan kepada pergerakan AUD Dollar. AUDUSD dan AUDJPY masing-masing jatuh hampir 1% pada hari Isnin. Walaubagaimanapun, para pelabur melihat kejatuhan ini lebih kepada pergerakan pembetulan jangka pendek.

Carta weekly AUDUSD dan AUDJPY masing-masing masih selesa di atas downtrend trendline dari 2013. AUDUSD masih didagang di atas MA-200 dan selesa di atas paras harga 0.7500 manakala harga AUDJPY kini menghampiri zon harga MA-200 dan didagang di atas paras 78.00.

Untuk analisa harian (H1), AUDUSD didagang di atas daily pivot dan berada di sekitar MA-200 (H1) di 0.7560 dan pivot R1 0.7568, bacaan RSI di sekitar paras 55 yang menunjukkan bull menguasai dagangan harian. Bear perlu memcahkan paras 0.7500 untuk kekal relevan manakala pecahan atas 0.7600 akan memberikan momentum bull untuk terus mengukuh. Manakala bagi pasangan AUDJPY, ia sekarang didagang di sekitar 78.20, sedikit di bawah paras MA-200 (H1). Daily pivot merupakan support harian di 78.06. Dengan pergerakan harga kini berada di antara MA-50 dan MA-200, dijangkakan harga AUDJPY akan mengalami konsolidasi untuk jangka pendek.

Kedua-dua pasangan AUDUSD dan AUDJPY menunjukkan formasi bullish triangle telah terbentuk. Data HotForex Trading Position menunjukkan ratio 59% dalam posisi jualan manakala 41% dalam posisi belian.

Dengan keadaan sentimen pasaran semakin mereda dan kecairan pasaran yang semakin menipis menjelang cuti krismas dan tahun baru, pergerakan AUDUSD dan AUDJPY dijangka agak terhad dalam jangka pendek.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.