Laporan varian baru H69/V70 Covid-19 di UK menyebabkan pasaran kembali panik dengan matawang safe haven menjadi tumpuan semula. Dua pertiga dari kes baru yang dilaporkan di UK adalah daripada varian baru ini. Berikutan itu, Kerajaan telah menaikkan amaran Covid-19 ke tahap 4 (duduk di rumah) di Kota London dan Tenggara UK. Negara Eropah lain mula mengadakan sekatan perjalanan ke/dari London.
Berikutan itu, matawang safe haven menjadi tumpuan, dimana USD, JPY dan Gold mendapat permintaan yang tinggi dan mengukuh di sesi Asia. USD indeks didagang di atas paras 90, XAUUSD mencecah paras $1900 semula. Manakala GBP paling teruk terkesan, diikuti matawang komoditi AUD, NZD dan CAD.
AUDJPY adalah tanda aras utama sentimen di pasaran. AUDJPY dibuka dengan gap rendah di awal dagangan Isnin, jatuh ke paras terendah 78.17 sebelum naik sedikit. Harga tutup pada hari Jumaat lepas adalah di sekitar 78.70. Pivot S2 berada di 78.25 diikuti Pivot S3 di 78.08. Daily pivot berada jauh di atas di 78.64.
Dengan para pelabur masih menunggu pasaran London dibuka, sentimen negatif dijangka berterusan untuk hari ini. Kecairan pasaran turut semakin berkurang menjelang musim perayaan hujung tahun. Ini akan memberikan volatiliti tinggi kepada pasaran matawang.
Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.