RBA Memotong Kadar Faedah, Melancarkan Program QE $100 Bilion

Reserved Bank Australia (RBA) membuat keputusan mesyuarat polisi matawang bulanan untuk memotong kadar faedah ke paras 0.10%, terendah dalam sejarah. Mereka turut memperkenalkan “Government Bond Purchasing Program” bernilai $100 billion untuk 6 bulan seterusnya dan bersedia untuk menyambung program ini untuk mencapai objektif pulangan 3 tahun bon. Program QE ini dijangka akan memberi kesan kepada Australia Dollar dalam jangka pendek.

Meskipun RBA melancarkan potongan bon dan program QE ini, Gabenor RBA Phillip Lowe agak positif dalam kenyataan beliau. Beliau mengatakan bahawa data ekonomi sejak 3 bulan lepas adalah lebih baik dari jangkaan mereka dan pemulihan ekonomi Australia bergantung sepenuhnya kepada kejayaan dalam mengawal wabak Covid-19. Berikutan itu, para penganalisis pasaran menjangkakan RBA tidak akan merubah sebarang polisi untuk masa terdekat.

AUDUSD jatuh selepas pengumuman RBA dari paras tertinggi 0.7062 ke paras terendah hari ini di 0.7029. Ia kini didagang di sekitar Daily Pivot dan H1 MA-200 di 0.7033. S1 berada di bawah 0.7011 diikuti paras terendah semalam di 0.6990.  H1 MA-50 berada sedikit atas di 0.7048. Paras tertinggi semalan adalah 0.7056.  R1 berada di 0.7077.

Beberapa sentiment lain harus diambil kira dalam pergerakan AUDUSD untuk minggu ini. Pilihanraya Presiden US, Mesyuarat FOMC, Data bulanan NFP dijangka memberi kesan kepada pergerakan AUDUSD.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.