Gold: Pilihanraya Presiden AS, FOMC dan NFP

Tahun 2020 merupakan tahun kegemilangan emas disebalik tabir kebimbangan ekonomi akibat wabak Covid-19, pelonggaran polisi matawang oleh semua bank pusat di dunia dan ketegangan geo-politik. Ia mencapai paras tertinggi dalam sejarah pada Ogos lepas dan mencatatkan harga $2083.35/aun. Walaubagaimanapun, harga emas mencatatkan penurunan berterusan selepas mencapai paras tertinggi dan kini di niagakan dibawah paras $1900.

Kegagalan persetujuan dalam pakej ransangan Covid-19 oleh wakil rakyat AS dan tarikh pilihanraya Presiden Amerika Syarikat pada 3 November jelas memberi tekanan kepada harga emas.

Para pelabur kini pasrah bahawa pakej ransangan ekonomi Covid-19 US hanya akan diluluskan selepas pilihanraya AS. Sifat emas yang berkadar sonsang dengan US Dollar dijangka akan terus menekan harga emas lebih bawah lagi berikutan volatiliti pasaran yang semakin meningkat dan permintaan bertambah terhadap US Dollar berikutan pilihanraya AS yang akan menjelang. Volatiliti akan terus tinggi sehingga pemenang diumumkan seawal-awalnya pagi Rabu (waktu Malaysia). Tinjauan pendapat menunjukkan Calon Demokrat Joe biden masih lagi mendahului panyandang Presiden Donald Trump tetapi jurang pendahuluannya semakin mengecil. Peristiwa 2016 mungkin juga akan berulang lagi dimana Trump berjaya memenangi pilihanraya Presiden AS meskipun beliau ketinggalan dalam tinjauan pendapat.

Para pelabur dilihat mengambil langkah tunggu dan lihat sepanjang Oktober berikutan kebimbangan mengenai jangkitan akibat wabak Covid-19 terus meningkat dan kebimbangan pergolakan pasaran akibat pilihanraya Presiden AS, yang di mana aset-aset sensitif kepada sentimen seperti S&P500 (US500), US Dollar, AUD, JPY, Oil dan Gold mengalami bulan Oktober yang bergelora. Para penganalisi melihat kemungkinan pasaran akan terus mengambil jalan selamat sehingga keputusan Pilihanraya diumumkan.

Berikut adalah acara yang akan memberi kesan kepada pergerakan Gold minggu pertama bulan November:

Analisis Teknikal

Gold kini didagang di bawah paras psikologi $1900. Ia didagang pada $1882 pada ketika artikel ini ditulis. Pergerakan harga gold dilihat sideway di antara paras fibo retracement 23.6% ($1927.84) – 38.2% ($1837) dari kenaikan tahun 2020. Ia turut didagang di bawah paras 50 daily-MA $1915 dan 100 daily-MA $1890 manakala paras 200 daily-MA jauh di bawah $1771. Pembetukan descending triangle dapat dilihat sedang terbentuk. RSI-14 juga dilihat berlegar di kawasan neutral 40-55 pada bulan Oktober. Untuk sebarang pergerakan trend jangka pendek, harga gold perlu melepasi zon sideway 23.6% – 38.2% fibo retracement. Dengan ramalan volatiliti tinggi untuk minggu pertama bulan November, kemungkinan pergerakan agresif Gold adalah tinggi.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.