NZDUSD: Data Inflasi Q3 Jadi Penentu

CPI new zealand

Pergerakan NZDUSD minggu ini tertumpu kepada data inflasi suku tahunan ke-3 New Zealand yang akan diterbitkan pada 23 October 2020. Ianya menjadi titik penting untuk polisi Bank Pusat New Zealand (RBNZ) dalam merenjacanakan polisi mereka untuk masa hadapan. RBNZ secara konsisten mengaskan bahawa mereka sentiasa bersedia untuk menawarkan program polisi tambahan sekiranya keadaan ekonomi terus tidak menentu. Mereka turut menegaskan bahawa program ‘Funding for Lending Program’ (FLP) akan ditambah sekiranya perlu manakala pertimbangan untuk kadar faedah lebih rendah atau kadar faedah negatif juga di dalam pertimbangan. Cabaran utama RBNZ kini adalah usaha untuk mengelakkan berlakunya deflasi di mana Gabenor RBNZ Orr menegaskan usaha menangani deflasi jauh lebih sukar dari usaha mengekang inflasi tinggi.

Konsesus pasaran menjangkakan kadar inflasi tahunan YoY untuk suku ketiga adalah pada 1.7% berbanding bacaan tahun sebelum 1.5%, manakala konsesus inflasi MoM berada pada 0.9% berbanding deflasi -0.5% pada suku sebelum (sumber: Trading Economics). Sebarang deviasi data sebenar lebih tinggi dari konsesus akan memberi sokongan jangka pendek kepada matawang NZD dan meredakan spekulasi mengenai tindakan pelonggaran polisi bagi RBNZ. Sekiranya data sebenar lebih rendah dari konsesus, Matawang NZD akan mengalami tekanan kuat dengan kemungkinan RBNZ mengambil langkah agresif dalam mesyuarat polisi matawang akan datang.

Data inflasi New Zealand YoY (sumber: tradingeconomics.com)

Data inflasi New Zealand QoQ (sumber: tradingeconomics.com)

Analisa Teknikal

Dari perspektif teknikal, NZDUSD kini didagang di dalam lingkungan expanding triangle yang terbentuk sejak awal September. Ia kini didagang di bawah paras 50 daily moving averages (DMA) 0.6603 yang merupakan resistant terdekat. Paras fibonacci 23.6% daripada swing low-high Mac-September 2020 merupakan titik support terdekat di 0.6483. Terdapat formasi pattern menarik dimana NZDUSD menunjukkan formasi ascending expanding triangle tetapi indikator RSI-14 pula menunjukkan formasi descending channel, satu divergence yang menarik yang masih menanti konfirmasi pembentukan. Berikut merupakan paras-paras harga penting untuk matawang NZDUSD:

  • 0.6797 (Paras tertinggi 18 September)
  • 06643 (Paras tertinggi untuk Oktober)
  • 0.6603 (50-DMA)
  • 0.6483 (23.6% fibo retracement)
  • 0.6388 (200-DMA)
  • 0.6289 (38.2% fibo retracement)

 

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.