Aussie Menjunam, Data Buruh Menguncup dan Lowe Dovish

Matawang AUD terus tertekan pada minggu ini selepas data sector buruh Australia yang lemah. Pada bulan September, sebanyak -29.5 ribu pekerja hilang pekerjaan berbanding pertambahan 111 ribu pada bula Ogos. Kadar pengangguran naik ke 6.9% berbanding 6.8% pada bulan Ogos. Yang membimbangkan, sejumlah -20.1 ribu pekerja sepenuh masa kehilangan pekerjaan berbanding hanya -9.4 ribu pekerja separuh masa. Gelombang kedua Covid-19 jelah memberi impak besar kepada sektor buruh Australia.

Matawang AUD telah ditekan sejak awal minggu selepas Gabenor RBA Philip Lowe memberi komen yang agak dovish apabila beliau berkata hasil (yield) nota bon Australia adalah tertinggi berbanding dengan bon utama dunia dan beliau turut berkata RBA sedia mempertimbangkan untuk memotong kadar faedah sehingga 0.10% berbanding kadar sekarang 0.25%. Para pelabur menjangkakan RBA akan bertindak seawall mesyuarat bulan November.

Untuk carta harian (D1), AUDUSD terus menunjukkan penurunan selepas Gerakan pembetulan (correction) pada awal bulan. Ia kini didagang di sekitar 0.7133. Kenaikan pembetulan awal bulan gagal melepasi paras 50-daily moving average di sekitar 0.7205 yang kini menjadi resistant penting. Paras tertinggi 1 September kekal menjadi resistant kukuh pada 0.7412. Paras terendah 25 September adalah support teredekat di sekitae 0.7026. Diikuti paras 23.6% Fibonacci retracement dari kenaikan Mac-September pada 0.6931. Paras 200-day moving average berada jauh di bawah di 0.6786.

Untuk carta intraday (H1), Harga telah mencecah pivot S2 0.7129 dan kekal didagang di kawasan ini. Harga terendah semalam adalah 0.7151 dan pivot S1 di 0.7145. Pivot S3 berada di 0.7106. MA-50 & MA-200 H1 telah menunjukkan Gerakan death cross, ini mungkin memberi indikasi bahawa kejatuhan AUD akan berkekalan untuk satu tempoh.

 

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.