Berita FX Hari Ini – Risk-on, Risk-off Hampir Sepanjang Oktober

Berita Umum

  • Bon yield telah merosot, memberi ruang untuk kenaikan EGB pada akhir minggu.
  • Harapan semakin bertambah bahawa bank pusat Eropah (ECB) akan menambahkan langkah-langkah rangsangan lebih lanjut kerana kenaikan kes virus dan kawalan pergerakan dan sekatan mengancam pemulihan ekonomi.
  • Rundingan Brexit tidak berjalan dengan cepat, tetapi secara umum pasaaran percaya bahawa akhirnya akan ada kesepakatan, walaupun kemungkinannya kurang komprehensif daripada yang diharapkan, yang bermaksud pertikaian di sempadan dan tekanan ekonomi di kedua-dua belah pihak sekurang-kurangnya dalam jangka pendek.
  • Presiden Trump nampaknya meminta kesepakatan rangsangan yang komprehensif dan bukannya pendekatan sedikit demi sedikit.
  • Niaga hadapan (Futures) GER30 dan UK100 masing-masing meningkat 0.1% dan 0.2%, niaga hadapan AS mencatat kenaikan.
  • Sementara itu bursa China meningkat selepas waktu rehat yang panjang – PMI perkhidmatan CAIXIN memberi kejutan dengan kenaikan tinggi.
  • Pertumbuhan KDNK (GDP) bulanan UK berada di bawah jangkaan pada 2.1% m/m

Pasaran Matawang

  • EUR – sideway berhampiran 20DMA pada 1.1770.
  • GBP – masih belum ada arah yang kukuh secara keseluruhan, tetapi pergerakan intraday menunjukkan meningkat. Pada masa ini ia diniaga sekitar 1.2950
  • JPY – jatuh ke paras 105.80 tetapi melambung naik selepas pasaran EU dibuka.
  • CAD – jatuh lebih rendah, kini diniaga di bawah 1.3200
  • AUD – menguji semula paras 0.7200
  • Minyak – ditutup melebihi $ 41
  • Emas – melepasi semula paras $1900 berikutan kelemahan USD tetapi tetap masih jauh dari ketinggian Oktober.
  • Menarik Hari Ini: ECB’s Schnabel, BoE Bailey, SNB Jordan, BoC Macklem, ECB Merch, ECB Guindo dijadual kan untuk berucap. ECB Monetary Policy Meeting Accounts dan US Jobless Claims
  • Pergerakan terbesar hari ini – USDCNH -1.04% – menyusut ~400 pips, membuat lower low baru dengan indicator harian menunjukkan pergerakan ke bawah. Pergerakan Intraday kini gagal melepasi S3. Bagaimanapun, kejatuhan besar memberi indikasi bahawa sebarang kenaikan dilihat sebgai correction kecuali melepasi 6.7220. MACD dalam pergerakan negative, RSI bersedia melepasi paras OS. 1H ATR di 0.0068 dan Daily ATR di 0.03554.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Andri Pichidi

Market Analyst

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.