Menjelang NFP

Debat pertama calon Presiden Amerika Syarikat berakhir dengan kekecewaan di mana kedua-dua calon Presiden saling berbalas sindiran dan gagal memberi input bermakna kepada pasaran. Tumpuan kini beralih kepada data sector buruh yang akan diumumkan pada 2 Oktober (Jumaat).

Pasaran meramalkan sektor buruh Amerika di landasan pemulihan yang baik. Data Non-Farm Payroll (Sept) dijangka menunjukkan pekerjaan baru pada paras 850K, sedikit rendah dari bulan Ogos (1,371K). Manakala kadar pengangguran (Unemployment) terus menurun dengan jangkaan 8.2%, menyusut dari bulan Ogos 8.4%. Kadar purata gaji (Average Hourly Earning) y/y dijangka naik ke 4.8% berbanding 4.7% pada Ogos.

Jangkaan ini memberi impak positif kepada pasaran dimana ketiga-tiga indeks saham utama US (US30,US100,US500) mencatatkan peningkatan sejak hari Isnin. Selain itu, berita positif mengenai vaksin Covid-19 turut memberi sokongan kepada pasaran saham. Dengan jangkaan Federal Reserved dalam mesyuarat polisi mereka bahawa kadar faedah akan kekal rendah untuk tempoh yang panjang, ini memberi kesempatan kepada pelabur untuk terus aktif di dalam pasaran saham.

Indeks US30.F kini berada di paras penting dimana ia didagang di atas 50-DMA pada 27,581 mata, paras ini merupakan paras psikologi penting. Resistant terdekat berada di 28,366 mata diikuti paras tertinggi September 29,170.

Indeks US100.F juga didagang diatas 50-DMA dan berada di paras resistant penting 11,547 mata. Resistant terdekat berada di 12,456 mata yang merupakan paras tertinggi 2020. Support terdekat berada di paras terendah September 10,648 mata. Paras 200 DMA jauh di bawah 10,00 mata yang memberi indikasi bahawa trend kenaikan masih lagi relevan.

Indeks US500.F turut seiring dengan dua indeks utama di atas. Ia turut didagang di atas 50-DMA. Resistant terdekat berasa di 3,420 mata diikuti paras tertinggi 3,582.

Sentimen positif pasaran dan kenaikan pasaran saham US menyebabkan US Dollar sedikit tertekan. USD indeks mencatat penurunan sejak awal minggu selepas mencapai paras tertinggi sejak Julai di 94.77. Terdepat lapisan kluster support yang agak kukuh di bawah di 93.67 dan 93.25 (paras 50-DMA). Sebarang penerbitan data yang meyakinkan dalam NFP September dijangka terus menekan USD Indeks ke aras lebih rendah lagi.

Program QE FED jelas memberi kecairan USD yang banyak di pasaran dan mengurangkan nilai USD. Ini mengwujudkan korelasi negative USD dengan sentiment pasaran dan juga korelasi negative USD dengan pasaran saham US. Buat masa sekarang, penerbitan data sektor buruh NFP tidak banyak memberi impak kepada nilai USD sebaliknya ia lebih memberi kesan kepada pasaran saham US.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.