Apakah Nasib AUDJPY selepas Hubungan US-China Semakin Tegang?

AUDJPY menunjukkan momentum kenaikan yang kukuh pasca kejatuhan pasaran pada Mac lepas. Sentimen pasaran yang semakin pulih dan berita positif mengenai penyelidikan vaksin Covid-19 menyokong kenaikan AUDJPY. Harga AUDJPY telah menokok hampir 30% setelah mencapai harga terendah 59.85 dan kini didagang di harga sekitar 76.25.

Peningkatan ketegangan diplomatik di antara US dan China mungkin akan memberi tekanan kepada pasangan matawang ini. US telah mengarahkan penutupan pejabat konsulat China di Houston dan dijangka beberapa lagi pejabat konsulat akan diarah tutup. China telah bertindak balas dengan mengancam akan menutup beberapa pejabat konsulat US di China. Ianya menimbulkan kegusaran para pelabur dan kerisauan ketegangan diplomatik kedua negara ini bertambah buruk.

“Seperti yang sedia maklum, AUDJPY merupakan salah satu pasangan matawang penanda aras sentimen di pasaran, ia akan mengukuh jika sentimen positif tetapi menyusut sekiranya sentimen bertukar buruk atau negatif.”

AUDJPY telah mencecah harga tertinggi untuk tahun 2020 pada 22 Julai pada 76.86 tetapi ianya ditutup sedikit rendah dari paras resistant di 76.77 (Harga tertinggi Jun 2020). Kluster harga 76.77 – 77.04 (fibo expansion 161.8) merupakan kawasan resistant yang kukuh. Resistant yag seterusnya berada di kluster 80.03 (fibo expansion 200) – 80.71 (harga tertinggi 2019). Support terdekat berada di 74.33 (fibo expansion 127.2) diikuti paras 73.70 (DMA-50). Golden cross telah terbentuk pada awal bulan dimana DMA-50 telah bersilang dengan DMA-200. Paras RSI telh melintasi zon overbought semalam dan kini menyusut sedikit ke paras 68.

Dari sudut teknikal, meskipun pergerakan kini lebih terarah kepada momentum bull, ia kini telah mencapai di kawasan penting di mana breakout atau rejection mungkin akan berlaku. Dijangkakan sentimen US-China dalam waktu terdekat ini akan memberi impak kepada pergerakan harga AUDJPY.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.