Indeks Bursa Saham Hadapan terus jatuh di sesi Asia pada pagi Selasa berikutan para pelabur agak skeptikal dengan momentum kenaikan di pasaran global. Para pelabur mulai bimbang dengan bilangan kes yang terus meningkat dalam gelombang kedua coronavirus di Amerika Syarikat dan ketegangan yang semakin meningkat antara A.S dan China.
Tindakan Amerika menolak hampir semua tuntutan China di Laut China Selatan menyebabkan para pelabur semakin bimbang. Kedua negara ini terus bertelagah mengenai semua perkara daripada isu coronavirus, hong Kong, hak asasi manusia dan terkini isu tuntutan wilayah.
Negeri California (yang mewakili 15% daripada ekonomi A.S.) melaporkan mereka akan meneruskan penutupan bar dan resotran tertutup dan beberapa lagi pelaksanaan kawalan pergerakan. Ia memberi impak kuat kepada Wall Street di mana ia mengalami kejatuhan teruk pada akhir sesi New York. Beberapa negeri lain di Barat dan Selatan Amerika melaporkan kenaikan mendadak jangkitan virus Covid-19.
Indeks Hadapan Dow Jones (US30.F) jatuh ke paras 25,910 mata pada akhir sesi New York selepas mencatatkan paras tertinggi bulanan di 26,519 mata. Ia kini didagang berhampiran dengan paras 26,000 mata. Manakala indeks hadapan S&P500 (US500.F) turut terjun lebih 2% dari paras tertinggi 3,225 mata. Ia kini didagang di 3,150 mata, sedikit di atas paras H1 200MA.
Manakala indeks hadapan DAX (GER30.F menyusut hampir 2.4% dan kini berada di 12,554 mata, sedikit dibawah paras H1-200MA. Indeks hadapan Nikkei (JP225.F) kini didagang di paras 22,384 mata, sedikit di bawah paras H1-50MA dan jauh dari paras tertinggi semalam 22,694 mata.
Dengan sentiment pasaran Asia yang agak suram, jangkaan adalah tinggi ia akan berlarutan ke sesi London apabila pasaran Eropah mulai dibuka.
Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa
Klik Di Sini Untuk Sertai
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.