NZDUSD Jatuh Bawah 0.6500 Selepas Intonasi RBNZ Yang Dovish

Analisa Fundamental

NZDUSD berdepan tekanan jualan pasca mesyuarat polisi RBNZ. RBNZ mengekalkan kadar faedah semalaman pada rekod terendah 0.25% dan mengekalkan jumlah stimulus program pembelian aset pada NZD 60 bilion. RBNZ juga positif dengan sasaran inflasi  dan sektor buruh yang berada dalam sasaran RBNZ. Walaubagaimanapun, RBNZ menyuarakan kebimbangan bahawa risiko ekonomi masih lagi ke arah negatif dan pengukuhan harga NZD$ menyebabkan tekanan kepada hasil eksport. Dengan larangan rentas negara masih lagi berkuatkuasa, ia memberi impak besar kepada aktiviti ekonomi di New Zealand. RBNZ turut berkata mereka bersedia untuk menambahkan lagi pilihan untuk melonggarkan polisi matawang sekiranya perlu.

Analisa Teknikal

NZDUSD berjaya mencapai paras tertinggi semalam di 0.6532 (Harga tertinggi dalam 2 minggu) tetapi gagal untuk terus mendaki. NZDUSD menyusut selepas pengumuman RBNZ dan jatuh ke paras terendah 0.6450 yang kini merupakan support intraday yang penting. MA200-H1 turut berada di paras penting ini. Paras support seterusnya berada di S1 Pivot iaitu 0.6439 dan berhampiran dengan paras terendah Selasa 0.6435. Daily pivot kini menjadi paras support become resistant yang penting di 0.6486 diikuti harga tertinggi semalam di 0.6532. Pergerakan RSI-14 H1 kini menunjukkan penurunan ketara dan kian menghampiri zon oversold.

Belajar Dagangan Forex Secara Percuma Setiap Isnin dan Selasa

Klik Di Sini Untuk Sertai

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.