Musim Halving
BTCUSD didagangkan kukuh dan kini cuba kekal di atas paras $9,000 yang kali terakhir direkodkan pada 6 Mac lepas. Sentimen di pasaran matawang kripto positif berikutan aktiviti ‘halving’ (pembahagian syiling) pada bulan Mei 2020 . Aktiviti Halving ini adalah pembahagian ganjaran perlombongan blok kepada separuh dan ia menjadikan kos aktiviti perlombongan lebih mahal daripada sebelum ini. Aktiviti ini membawa kepada penurunan penawaran dan ia berkadar langsung dengan peningkatan permintaan, yang secara teorinya akan menyebabkan kenaikan harga.
Berdasarkan sejarah, harga BTCUSD akan meningkat 6 bulan sebelum aktiviti halving ini bermula dan ianya mencecah harga tertinggi dalam tempoh 1 tahun selepas aktiviti halving. Pada November 2012, harga BTC dicatatkan pada $12 dan BTC telah melonjak ke $994 setahun kemudian. Fenomena sama turut direkod pada aktiviti halving pada Julai 2016 dimana harga pada ketika itu sekitar $650 dan melonjak ke paras hampir $3,000 setahun kemudian. Harga tertinggi yang pernah direkodkan oleh BTC ialah $19,470 pada Disember 2017.
Analisis Teknikal
BTCUSD telah mencatatkan peningkatan yang hampir 300% sejak mencatat harga terendah tahun 2020 di $3,762.50 sejak peristiwa ‘Black Friday’ pada 13 Mac 2020. Ia kini didagang di sekitar $9,030.
Kawasan ini merupakan kawasan ‘confluence’ yang penting di mana ia terletak di paras 78.6% fibonacci retracement ($9,061) dari harga tertinggi 2020 ke harga terendah. Ia juga terletak di hampir resistant donwtrend channel seperti di carta. Kedua-dua confluence resistant ini pernah diuji pada 30 April dan harga BTCUSD gagal ditutup lebih tinggi. Sekiranya paras resistant ini berjaya ditembusi, resistant berikutnya berada di $9,702 (88.1% fibo retracement) dan diikuti harga tertinggi untuk 2020 di $10,504.50. Kelihatan harga BTCUSD disokong kukuh oleh support daripada 200-daily moving average pada harga $8,500. Paras Support terdekat berada di $7,929 yang juga 61.8 fibo diikuti $7,133.50 (50% fibo).
Momentum kenaikan harga agak kuat buat masa sekarang dimana indikato MACD menunjukkan signal line telah melepasi paras 0 dan kekal di bawah bacaan histogram MACD.
Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja dan bukan merupakan penyelidikan pelaburan bebas. Komunikasi ini tidak mengandungi sebarang nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang disediakan adalah dari sumber yang bereputasi dan apa-apa maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi pada masa lalu bukan merupakan jaminan atau penunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi masa depan. Pengguna hendkalah mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraged dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa apa-apa pelaburan melibatkan risiko tinggi dimana pengguna bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh direproduksi atau diedarkan lebih jauh tanpa izin bertulis terlebih dahulu