Sentimen Semasa
USDJPY terus didagangkan dalam keadaan konsolidasi (sideway) sejak 14 April 2020. Keadaan sentimen pasaran yang tidak menentu menyebabkan USD dan JPY (kedua-duanya adalah matawang safe haven) mendapat permintaan ketika pasaran dalam keadaan panik tetapi dijual semula apabila sentimen kembali tenang. Situasi pandemik Covid-19 yang semakin tenang tetapi pada masa sama, volatiliti tinggi di pasaran minyak juga jelas menyebabkan sentimen pasaran sentiasa bertukar.
USDJPY didagang di paras terendah 106.91 pada 16 April manakala paras tertinggi selepas itu adalah 108.07 pada keesokan harinya. Selepas itu, pergerakan USDJPY terus kekal di dalam julat harga di atas. Pergerakan harga dilihat semakin mengecil di mana ATR 14 direkodkan pada ~60pip sahaja pada 23 April berbanding ~247pip pada 26 Mac lalu.
Analisis Teknikal
USDJPY didagangkan di dalam fasa konsolidasi. Ia kini didagang di sekitar 107.60 dan berhampiran dengan daily pivot di 107.65. Pergerakan harga dilihat memantul di antara 1H 50MA dan 200MA, kedua-dua MA ini dilihat semakin merapat dan menyokong kemungkinan fasa konsolidasi akan berterusan.
Paras resistant berada di R1 107.97 dan berhampiran dengan paras tertinggi semalam 108.03. Ia diikuti paras resistant di R2 108.35. Support terdekat berada di paras terendah semalam 107.34 juga berhampiran dengan 107.28 (S1). Ia diikuti dengan support di S2 106.96.
Pergerakan MACD signal line dilihat menghampiri 0 (bacaan semasa -0.0059). Ia juga adalah satu informasi yang memberikan kemungkinan fasa konsolidasi akan berterusan.
Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst
HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja dan bukan merupakan penyelidikan pelaburan bebas. Komunikasi ini tidak mengandungi sebarang nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang disediakan adalah dari sumber yang bereputasi dan apa-apa maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi pada masa lalu bukan merupakan jaminan atau penunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi masa depan. Pengguna hendkalah mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraged dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa apa-apa pelaburan melibatkan risiko tinggi dimana pengguna bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh direproduksi atau diedarkan lebih jauh tanpa izin bertulis terlebih dahulu