USDCAD: Pasca Mesyuarat Polisi Bank of Canada

Penurunan matawang USDCAD selama 5 hari berturut-turut sejak 9 April (paras terendah 1.3855) akhirnya terhenti semalam apa bila pasangan matawang ini menokok lebih 200 pips berikutan pengukuhan Dollar dan keputusan mesyuarat polisi Bank of Canada (BoC)

Intipati Mesyuarat Polisi Bank of Canada

BoC mengumumkan kadar faedah kekal pada 0.25% dan bank pusat tersebut dijangka mengutilisasikan penyata imbangan mereka untuk menghadapi ancaman ekonomi berikutan wabak Covid-19. BoC menyatakan mereka “sentiasa bersedia untuk mengubah skala atau durasi program sekiranya perlu.“

BoC dalam mesyuarat semalam mengumumkan langkah terbaru untuk ekonomi Kanada. BoC mengumumkan program pembelian bon “Provincial Bond Purchase Program” yang bernilai sehingga $50 bilion sebagai penyokong kepada program “Provincial Money Market Purchase Program” dan mengumumkan program “Corporate Bond Purchase Program” di mana BoC akan membeli sejumlah $10 bilion bon korporat di pasaran terbuka.

Gabenor BoC En. Poloz turut memberi panduan ‘dovish’ sepanjang 2020 di mana BoC mengatakan bahawa “analisis berdasarkan senario alternative mencadangkan paras aktiviti ekonomi turun 1-3% pada suku pertama 2020 dan akan menyusut 15-30% lebih rendah pada suku ke-2 (dibandingkan dengan suku ke-4 2019. Mesyuarat polisi BoC seterusnya dijangka akan dilangsungkan pada 3 June hadapan.

Selain itu, harga minyak mentah dunia yang rendah juga memberi tekanan kepada CAD. USOIL mencatatkan harga terendah baru dalam 18 tahun pada $19.13 setong pada 15 April.

Analisi Teknikal

  • USDCAD telah menokok lebih 200 pips pra dan pasca mesyuarat polisi BoC. Sekiranya USD terus menjadi pilihan pelabur dalam situas negatif dalam pasaran (risk-off), USDCAD dijangka akan terus melonjak pada tahun ini.
  • Carta harian (D1) menunjukkan pecahan daripada ‘descending triangle’ yang terbentuk sejak bulan lepas. Ini memberi bayangan kemungkinan momentum ‘bullish’ kembali ke pasangan matawang ini.
  • Penurunan harga (retracement) pada tempoh terdekat ini gagal menguji paras fibonacci retracement 50% daripada rali ‘bullish’ yang dicatat sejak awal tahun 2020. Ia hanya berjaya mencapai paras terendah 3855 pada hari Rabu (14 April) dan semalam ia melonjak melepasi paras 38.2% fibonacci retracement (1.4012). Kedua paras ini menjadi paras support yang penting pada jangka masa sekarang.
  • Manakala paras 23.6% fibonacci retracement menjadi resistance terdekat di 4262 diikuti paras tertinggi tahun 2020 di 1.4667. USDCAD kini didagangkan betul-betul di paras resistance SMA20 Daily 1.4112.
  • Indikator MACD menunjukkan bahawa pergerakan turun matawang ini gagal sampai ke paras 0 dan histogram MACD mula menunjukkan kenaikan.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja dan bukan merupakan penyelidikan pelaburan bebas. Komunikasi ini tidak mengandungi sebarang nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang disediakan adalah dari sumber yang bereputasi dan apa-apa maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi pada masa lalu bukan merupakan jaminan atau penunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi masa depan. Pengguna hendkalah mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraged dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa apa-apa pelaburan melibatkan risiko tinggi dimana pengguna bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh direproduksi atau diedarkan lebih jauh tanpa izin bertulis terlebih dahulu