Harga Minyak Terus Menyusut, Potongan Pengeluaran OPEC+ Gagal Mengurangkan Kebimbangan Pasaran

Pendahuluan

Harga minyak dunia jatuh lebih hampit 10% sebelum naik sedikit berikutan para pelabur meragui pengurangan pengeluaran minyak oleh OPEC+ dapat mengimbangkan permintaan pasaran yang jatuh akibat pandemik coronavirus. Walaupun kebanyakan negara pengeluar minyak termasuk Amerika (yang akan mengurangkan pengeluaran minyak secara berkala) akan mengurangkan pengeluaran hampir 20% (~20 juta tong) daripada kapasiti pengeluaran minyak dunia. Ia masih lagi lebih tinggi daripada permintaan minyak dunia (rujuk gambar).

Data Pengeluaran dan Penggunaan Minyak Dunia (sumber eia.gov)

Data simpanan minyak US (EIA Crude Oil Stocks Change) menunjukkan penambahan simpanan sebanyak 15.177 juta tong pada minggu lepas, dan simpanan minyak dijangka kekal tinggi pada 11.600 juta tong pada minggu ini. Jumlah bilangan pelantar (Rig Count) di US juga berkurang sebanyak -62 menjadi 602 pelantar berdasarkan laporan pada 3 April lepas. Ia jauh berbeza dengan 1022 pelantar pada April 2019.

Situasi ini jelas tidak memberi sebarang sebab untuk pengukuhan harga minyak berikutan penawaran stok minyak yang tinggi berbanding permintaan di pasaran.

Analisi Teknikal

USOIL didagang rendah sepanjang hari, dimana ia mencapai harga terendah $19.88 pada awal pagi Rabu, sebelum naik semula ke paras $20.56. Support terdekat berada di $20.37 merupakan paras fibonacci 88.1% diikuti $19.20 yang merupakan harga terendah dalam tempoh 20 tahun. Manakala paras resistance kini berada di $21.30 yang merupakan 78.6% fibonacci diikuti paras $21.81 yang juga merupakan support become resistance terdekat. Paras RSI kini berada di zon oversold dengan bacaan 29.00.

UKOIL juga didagang rendah dan turun kira-kira $3 dari paras tertinggi hari Selasa. Ia mencecah harga terendah $29.34 sebelum naik sedikit dan kini didagang di paras $30. Paras $29.72 merupakan paras support terdekat diikuti pada paras $29.00 yang juga berhampitan dengan 50% fibonacci retracement. Paras support seterusnya berada di $28.19. Harga $30.73 merupakan 38.2% paras fibonacci dan juga kawasan support become resistance, diikuti dengan resistance di $31.63. Bacaan paras RSI kini berada di sekitar 35 dan ia telah menokok dari zon oversold.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad

Market Analyst

HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan ini disediakan sebagai komunikasi pemasaran umum untuk tujuan penyampaian maklumat sahaja dan bukan merupakan penyelidikan pelaburan bebas. Komunikasi ini tidak mengandungi sebarang nasihat pelaburan atau cadangan pelaburan untuk tujuan membeli atau menjual mana-mana instrumen kewangan. Semua maklumat yang disediakan adalah dari sumber yang bereputasi dan apa-apa maklumat yang mengandungi petunjuk prestasi pada masa lalu bukan merupakan jaminan atau penunjuk yang boleh dipercayai untuk prestasi masa depan. Pengguna hendkalah mengakui bahawa apa-apa pelaburan dalam Produk Leveraged dicirikan oleh tahap ketidakpastian tertentu dan bahawa apa-apa pelaburan melibatkan risiko tinggi dimana pengguna bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada sebarang pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dalam komunikasi ini. Komunikasi ini tidak boleh direproduksi atau diedarkan lebih jauh tanpa izin bertulis terlebih dahulu