Pendahuluan
Federal Reserve US akan mengadakan mesyuarat polisi FOMC pada awal pagi Khamis 30 Januari. Ini adalah mesyuarat pertama untuk tahun 2020. Para pelabur di pasaran menjangkakan tiada perubahan kadar faedah oleh Fed. Keadaan ekonomi masih lagi stabil untuk US.
Tumpuan akan diberi kepada ‘FOMC Statement” diikuti dengan sidang akhbar oleh Ketua Fed Jerome Powell. Gabenor Powell dijangka akan memberi kenyataan neutral berikutan data buruh pada tahun 2019 yang kukuh, kadar GDP yang agak baik dan perjanjian fasa 1 Perang Dagang US-China yang ditandatangani.
Analisa Teknikal EURUSD
Dari sudut teknikal, EURUSD agak tertekan berikutan pengukuhan USD dan kelemahan EURO. Ia kini didagang di bawah paras 1.1000. Kawasan support terdekat adalah di harga 1.0980 yang merupakan harga terendah November 2019. Ia diikuti paras support di 1.0870 yang merupakan harga terendah 2019. Paras harga 1.1065 merupakan resistant terdekat.Manakal paras 50-DMA dan 200-DMA merupakan resistant seterusnya di paras harga 1.1093 dan 1.1125.
Rumusan
- Fed Dijangkakan tidak merubah sebarang kadar faedah.
- Gabenor Powell dijangka kekal neutral dengan mengatakan Fed selesa dengan keadaan ekonomi sekarang.
- Komentar Powell mengenai impak coronavirus dijangka memberi kesan kepada pasaran
Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi
Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia
Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.