Laporan Kewangan APPLE Yang Positif Memberi Nafas Baru Kepada Pasaran Saham

Pasaran Asia agak kukuh berikutan sentimen positif daripada laporan kewangan Apple Inc.

Dalam laporan suku pertama 2020 yang berakhir pada 28 Disember 2019, Apple melaporkan peningkatan perolehan sebanyak $91.8 bilion, meningkat 9% berbanding tahun sebelum dan perolehan (earning per share) sebanyak $4.99, naik 19% yang juga rekod tertinggi dalam sejarah. Permintaan tinggi terhadap model terbaru iPhone 11 dan iPhone 11 Pro membantu meningkatkan perolehan Apple.

Dari sudut teknikal, Saham APPLE ditutup pada awal pagi pada harga $317.20. Ia kini sedikit di atas paras 50MA-1H. Resistance terdekat adalah $323.06 yang merupakan harga tertinggi direkodkan pada 24 Januari lepas. Support terdekat kini berada di $305.78 diikuti 200MA-1H pada $300.46.

Dengan laporan kewangan yang positif, saham Apple dijangka terus mendapat sambutan disebalik kebimbangan mengenai impak coronacirus yang melanda China.

Tekan disini untuk akses kepada kalendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.