Analisa Semasa XAUUSD: Menanti Pemangkin Baru

Sentimen Semasa

Harga XAUUSD atau Gold agak mendatar buat masa sekarang, walaupun pasaran agak bimbang dengan kemungkinan ‘no-deal’ Brexit oleh PM Johnson. Gold dilihat tidak memberi tindak balas yang ketara terhada isu tersebut.

Harga XAUUSD kini didagang di bawah $1,480, pergerakan positif harga gold sejak beberapa hari lepas banyak dipengaruhi oleh kelemahan US Dollar. Tumpuan pasaran kini terarah kepada data GDP US Q3 yang akan diterbitkan malam nanti, ia seiring dengan data Personal Spending (Nov). Sebarang deviasi daripada data akan memberikan pemangkin untuk pergerakan Gold pada minggu ini.

Analisa Teknikal

XAUUSD kini didagang di bawah $1480, dimana harga ketika artikel ini ditulis adalah di $1479. Sebarang momentum ke atas haruslah melepasi paras resistance bulan Disember di $1486.60 dan diikuti paras tertinggi bulan November di $1516.50. Ia turut menghampiri paras resistance trendline daripada wedge pattern. Support terdekat kini berada di paras 50 SMA H4 di $1473 diikuti paras support 200 SMA H4 di $1469.

 

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.