XAUUSD: Halatuju Pada Minggu Ini

Sentimen Semasa

XAUUSD atau lebih dikenali sebagai logam kuning mencatatkan kejatuhan besar pada Jumaat lepas ekoran data sektor buruh US (NFP) yang lebih baik dari jangkaan. Ia kini mencatatkan sedikit kenaikan ke paras $1463.

Dengan pasaran kini menjangkakan FED tidak akan menurunkan lagi kadara faedah pada 2020. Manakala situasi perang dagang US-China yang semakin positif. Para pelabur menjangkakan kenaikan gold adalah terhad.  Walaubagaimanapun, tarikh 15 Disember akan menjadi tumpuan berikutan tarif tambahan US ke atas barangan China akan berkuatkuasa. Persoalan utama adakah Trump akan menangguhkan tarikh penguatkuasaan tarif tersebut?

Analisa Teknikal

Paras harga XAUUSD kini berada di linkungan $1463, Paras resistance seterusnya berada di daily pivot iaitu $1465.91 yang juga berhampiran dengan 200 SMA H1, ia diikuti resistance pada paras $1471.49. Manakala support terdekat terletak di paras terendah Jumaat di $1458.66 diikuti paras support seterusnya di $1453.87. Pandangan teknikal hanya akan bertukar bullish sekiranya ia melepasi paras tertinggi Disember $1,484.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.