USOIL Kini Di Paras Harga Yang Penting

USOIL terus didagang positif hari ini berikutan jumlah simpanan stok minyak US yang menurun dan harapan yang agak cerah OPEC+ akan menurunkan pengeluaran minyak dalam mesyuarat akan datang.

USOIL didagang setinggi $58.63 semalaman dan kini menyusut silit ke $58.30. Sentimen pasaran yang positif memberi motivasi untuk harga minyak untuk terus mengukuh. Sumber pasaran turut memetik bahawa perjumpaan OPEC dan rakan sekutu OPEC+ akan membincangkan kemungkinan pengurangan pengeluaran yang lebih besar daripada 400 ribu tong.

Data American Petroleum Institute (API) menunjukkan inventori minyak mentah US berkurang sebanyak 3.7 juta tong manakala data Energy Information Administration (EIA) menyusut 4.9 juta tong pada minggu lepas.

Dari sudut teknikal, USOIL kini didagang hampir dengan paras tertinggi November $58.71. Paras resistance penting berada di 61.8% fibonacci retracement ($58.62). Ini diikuti paras resistance di $60.70 (78.6% fib retracement) yang juga kawasan ‘classical resistance’ yang kukuh. Manakala paras support yang terdekat adalah di 200 daily MA di $57.72 diikuti support di $55.70 (fib retracement 38.2%) yang juga berhampiran dengan 50 daily MA.

Arah tuju harga USOIL kini tertumpu kepada hasil perbincangan dan keputusan OPEC+ mengenai pemotongan pengeluaran. Mesyuarat OPEC+ di Vienna bermula hari Khamis selama 2 hari.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.