AUDUSD Terus Mengukuh Pasca Mesyuarat RBA

RBA telah bermesyuarat pada pagi ini dan kadar faedah untuk Australia kekal pada 0.75%. Secara keseluruhannya, RBA dilihat lebih optimis dengan perkembangan ekonomi global.

Gabenor RBA Lowe berkata di dalam kenyataan bahawa RBA terlebih dahulu ingin melihat impak daripada kadar faedah yang rendah, diikuti proses transmisi polisi matawang yang panjang dan boleh dipengaruhi pelbagai faktor termasuk dalam sektor buruh.

Ini menunjukkan bahawa kemungkinan pemotongan kadar mungkin sesuatu yang mungkin pada masa hadapan, tetapi bank pusat ingin melihat terlebih dahulu impak terhadap ekonomi daripada 3 pemotongan kadar yang dilaksanakan bermula Jun lepas.

AUD terus mengukuh dimana harga AUDUSD terus mengukuh pasca mesyuarat RBA. AUDUSD telah berjaya melepasi paras resistance dinamik di 200SMA H4 dan kini didagang di sekitar 0.6845. Paras resistance berikutnya berada di 61.8% fibonacci retracement di 0.6861 dan paras resistance berikutnya di 0.6875.

200SMA H4 kini menjadi support yang kukuh di 0.6833 diikuti support di 50SMA H4 di 0.6785. Harga terendah bulan November di 0.6753 adalah support seterusnya.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.