XAUUSD: Perkembangan Perjanjian Dagang US-China Menjadi Tumpuan

Harga emas (XAUUSD) hari ini didagang sedikit menurun di bawah paras $1470 selepas kenaikan mendadak semalam berikutan kebimbangan mengenai kemajuan rundingan dagang US-China.

Keengganan Presiden Trump untuk menangguhkan tarif yang berkuatkuasa 15 Disember, diikuti dengan berita dari sumber kerajaan China yang mengatakan mereka agak pesimis perjanjian dagang akan ditandatangani menyebabkan permintaan kepada matawang ‘safe haven’.

Kenaikan semalam terhad kepada harga sekitar $1475.00 yang kini merupakan resistance yang penting. Pergerakan bond US dan bursa US yang positif menghadkan kenaikan semalam. Manakala support terdekat berada di kawasan $1465.00 yang merupakann 4H 50MA, dan harga terendah Isnin $1456.00 adalah support berikutnya. Sekiranya sentimen semakin negatif, XAUUSD berpeluang untuk mencuba paras resistance berikut di $1481.25 dan paras 4H 200MA di $1488.30.

Tumpuan seterusnya adalah penerbitan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis yang mungkin menjadi pemangkin pergerakan gold seterusnya.

Tekan disini untuk akses kepada calendar ekonomi

Tunku Ishak Al-Irsyad
Market Analyst – HF Educational Office – Malaysia

Penafian: Bahan yang digunakan dalam pembentangan ini adalah untuk kegunaan pemasaran umum sahaja. Ia tidak melibatkan sebarang kajian perlaburan. Ianya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perlaburan, cadangan perlaburan atau nasihat jual-beli sesuatu instrument kewangan. Sila ambil maklum bahawa informasi mengenai data yang lalu tidak boleh  dianggap jaminan untuk data akan datang. Anda juga mengakui bahawa sebarang perlaburan dalam produk berleverage mempunyai risiko yang tinggi terhadap modal anda. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau keuntungan daripada perlaburan yang diambil berasaskan informasi dalam pembentangan ini. Informasi yang terkandung dalam pembentangan ini tidak dibenarkan diterbitkan atau disebarkan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kami.